Sunday, January 24, 2010

Jadi Cikgu Jangan Stress!

Aku rasa masa aku praktikum haritu rasanya macam err.. well, aku dah matang *macam utk pokok pulak perkataan 'matang' ni kan?*Yelah, bergaul ngan orang-orang tua, bercakap macam aku ni dah banyak pengalaman itu ini, be professional bak statement artis especially bila bercakap dengan rakan sekerja yang aku panggil cikgu kacak. *Ehem. Orang punya, please stay away!* Dan yang penting, dah nampak dah ciri-ciri sorang cikgu ni. Eceh!

Tapi lepas tu bila dah stress mula la aku rasa macam betul ke aku nak jadi cikgu? mampu ke aku nak jadi cikgu yang disayangi murid? sebab kebanyakan cikgu-cikgu yang macam garang, tak mesra pelajar, biasanya cikgu-cikgu SINGLE. Ragam macam hari-hari datang period. Kalau dia senyum tu macam agaknya semalam ada orang nak berkenalan dengan dia. Kalau dia buat lawak dalam kelas tu macam semalam ada orang ajak keluar makan hujung minggu ni dengan dia. STIGMA CIKGU SINGLE aku panggil. Erk!!

Tapi aku tak kot... *HAHAHA! cuak la tu!* Sebab bila aku lalu tepi kelas je at least ade jugak student sapa, "Hai cikgu, hari ni baju cikgu cantik." So aku senyum je dengan nada control ayunya, "Baju je?" lalu dijawab dengan tersengeh-sengeh macam kerang busuk, "cikgu pun cantik.. cikgu! belanja saya air?" Maka dengan serta merta wajah ayu tadi berkata-kata,"Sekarang bukan waktu rehat. Masuk kelas sekarang! saya kira sampai tiga tak masuk saya bagi nama kat cikgu ****, nak? satu... dua..."

Maka jelas. Stigma cikgu single ada di mana-mana jua. T____T! Aku ingat lagi dulu aku ada cikgu yang merajuk sebab lambat 10minit masuk kelas dia. Bukan salah kitorang *walau pun kami jalan memang terkedek-kedek la jugak* tapi cikgu kat lab tu yang extend masa lebih. Tak boleh nak buat ape dah. Masuk je kelas tiba-tiba cikgu tu blah gitu je. Kami yang terpinga-pinga tu pun menjadi blur dan semacam tak paham ape kes nak merajuk bagai?

Bila dah naik form5, dapat pulak cikgu baru pindah. Cikgu ni pulak lain macam sikit kaedah pengajaran dan pembelajarannya. Dia suruh baca dulu sebelum masuk kelas, yes kami baca. Lepas tu bila dia tanya, yes kami jawab soalan dia. Tapi apa kami jawab tak pernah nak betul. At least cakap la "boleh diterima" ke.. "sipi2" ke.. atau susah2 sangat cakap je lah "kurang tepat!" Masalahnye dia cakap "Kamu ada jawapan lain tak?" Dah bagi jawapan lain dia cakap pulak "kamu baca buku ke tak?"

Wah! Gila sakit hati kalau belajar sampai akhir tahun dengan cikgu macam ni. Siapa tahan? Lepas tu ade la sorang dua pegi jumpa Principal mintak tukar cikgu. Cikgu tadi tu dah terasa hati padahal time dia dok kerjakan kami, hati perasaan kami letak kat mana?? So cikgu tadi pun pindah sekolah gara-gara mengalami tekanan hebat sebab Principal suruh dia stop mengajar form5. Lalala~

Kesimpulannya, jangan la buat orang lain stress. Kalau korang stress2 please laa... masuk bilik, kunci, tidur! Jangan susahkan orang lain ye?!



Okay, bye!

3 comments:

nurul_a said...

omg ly!!! best gile bcae entry ko. ehemm mcm kenaii je cikgu tuhh ahhaha
tapi serious laa ciri2 cikgu ko dah ade!hebat2. best lak dgr cite cikgu2 ni. nak jadik cam ko!tabik la :):)

Eyriqazz said...

jadi cikgu kena cool....hik2...bukan senang nak jadi cikgu...

Lea Lyanna said...

chickorn: haha! mesti ko ingat gak ngan cikgu tu kan? ingat x dulu ade gak cikgu baru balik mesir ajar bio f4.. itu lagi takley tahan!! mcm2 je..

Bro eyriqazz: nk jd cikgu no more emo-emo. nanti jadi elmo pulak dah susah kena hntar zoo~