Sunday, January 17, 2010

I wanna kiss you, Corby!


I wanna kiss kiss kiss you right from your head to your toe!
I wanna move you to the side so everyone will see us together!
I wanna touch touch touch you every inch of ya body!
U make me stared at you till the lights off on my bed we sleep together!

Ini bukan entri 18sx so please don't misunderstood!

So, seperti yang dikhabarkan dalam dua entri sebelum ini, aku telah dijemput ke Karnival Samsung Corby di Extreme Park, Sunway Lagoon. Mula-mula memang dah yakin nak pergi sendiri. Dah masuk dalam kereta tiba-tiba rasa apalah gunanya mencari kegembiraan sendiri jika rakan-rakan tidak dapat memahami maksudnya? Maka segera aku menelefon Rahika dengan paksa rela menemankan aku memeriahkan karnival tu. kekeke~

Perjalanan ke Sunway Lagoon tu cuma 20minit je tapi disebabkan salah masuk simpang, pandang kiri, pandang kanan, tak perasan kereta depan dah brek... perjalanan tu telah menjadi 45minit... Tapi takpe, everything is okay...

Sampai je depan Euphoria, kami tercari-cari manalah escalator yang dimaksudkan sebagai side entrance tu. So, kami pun bertanya dengan seorang penjaga parking berbayar. Dia pun tunjuk mana escalator tu dan suruh kami parking kereta kat depan Sunway Hotel & Spa tu je.

Turun-turun escalator terkejut tengok orang dah ramai membanjiri kawasan kaunter pendaftaran. Aha! Kira kitorang tak terlewat lagi lah ni. Tengok-tengok muka sah-sah aku tak kenal sape-sape. Nasib baik aku bawak Rahika untuk membuang rasa segan lagi speechless itu.

Bab yang paling mencabar ialah bila Rahika kena bayar sendiri untuk masuk. Tapi aku dah janji kalau nak claim balik duit tu tunggu scholar aku masuk ye Rahika? Dan Rahika kata takpe aku bayar je separuh hasil 'have fun' ini. Inilah Rahika yang sejati...

Lepas je tukar t-shirt pemberian penaja, sambil makan-makan sarapan pemberian penaja jugak, aku pun berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan. Macam Yone, Wawan, Nadia, pastu yang lain aku tak sempat nak hapal nama dah kena duduk dalam group masing-masing. Wahaha!

Overall game dibahagi kepada 4. Pijak belon, tarik tali dalam air, wall climbing dan paintball. Teka, dalam keempat-empat game ni aku main yang mana?? hahaha. Since masa mula-mula tu semua macam malu tapi mahu, aku dengan yakin pun offer diri involve first game. Rupa-rupanya itu game pijak belon!!! wakaka~ penat melompat-lompat, aku berjaya menjaga belon aku dari dipijak oleh group lain. Hasilnya kami menang dengan 50mata... Weeeeee~

Untuk second game, acara tarik tali dalam air. Yang ni aku tak join sebab tadi konon nye dah main laa. Bagi chance kat member lain nak main jugak. So game yang ni pun kami menang jugak... Weeeeee~

Game ketiga, wall climbing. Aku rasa aku tak mampu kot nak angkat badan aku sebab wall climbing tu takde tali. So untuk game ni aku jadi pasukan sorak je. Nasib tak menyebelahi sebab badan member2 kitorang ni sehat-sehat belaka. Nak naik licin asyik jatuh je. Tapi tahniah pada Azree sebab dia sempat la jugak naik sampai atas dan menjerit "CORBY!!!" Pastu belon dapat la jugak amik sebijik kot? Dapat laa jugak point kat situ...

Last sekali game paintball. Selepas persaingan getir serta huru hara yang dicetuskan oleh team kami yang sorak macam inilah pertandingan paintball peringkat kebangsaan, marshall game mengisytiharkan kamilah juara paintball tu... yea..yea...

Dan akhir sekali kitorang pun berkumpul kat 'base' kitorang semula sambil makan lunch pemberian penaja. Dah penat main, makan sampai kenyang!!! So, finally m.c of the day, Bro Liang pun mengisytiharkan jumlah mata yang kami semua dapat bagi setiap team.

And the winner is...
ORANGE!!!

Yeah! tak sia-sia aku datang kan? Siapa nak bagi mobile phone free gitu-gitu je? Mintak seringgit tepi jalan pun tak tentu ada orang nak bagi. Dan yang paling penting, thank you so much to all the group members especially team paintball yang bersusah payah memenangkan game tu. Tanpa effort korang, kami-kami tak merasa la Samsung Corby ni. Walau ade yang injured lebam sana-sini, korang memang sporting habis!! Orange team memang bersemangat!!

Lastly, arigato gozaimas to Nuffnang & Samsung for this wonderful moment!! This was my first involvement with nuffnang and I won't hesitate to join other interesting events again :)

Tiba-tiba hari ni aku mendapat email ini:



*klik untuk paparan lebih besar*

Errr...
Kalau aku hantar entri ni kira tamak tak???


Okay, bye!


8 comments:

Mohd Ridzuan said...

salam kak...jangan tamak2, bagi peluang la kat kitorang yang tak menang ni...hehe :D

Lea Lyanna said...

hahaha. ok2 saya tak hantar!

wawan said...

tamaaaaaakkkkkk
bagi sy plak cOrby tersebut!

huuuuu

Mohd Ridzuan said...

kalau baek...watkan la entry yang boleh menang untuk shaye...ngeh3 :p

Reflisia said...

dear..congrate..mmm jelesnyer..n sayang tul la tak dapat join Corby ni..

Aus said...

ahaha,...
aku masih jeles dgn team orange..
patotnye pink menang..
haha..
xpela..
da xde rezki..
huhuhu

Eyriqazz said...

hehehe..di sini rupanya team mate ku..mmg cool dpt samsung corby..sudah kuberikan buat isteri

Lea Lyanna said...

wawan: wuwuwu.. nk kejar LG chocolate pulak lah :D

Ridzuan: boleh gak. tp kena caj royalti la :P

Reflisia: dgr cite demam ek time tu? huhuhu xpe la bnyk lg event nuff yg lain. jdn sedey2! :)

Aus: Pink mcm senyapp je. rahsia team orange- happening!! kalah pun wat2 menang :P

Bro Eyriqazz: Tu ar pelik gak tgk bro amik pink!! Nak bagi isteri rupanya... :)