Saturday, December 26, 2009

Faizal Tahir vs Fabulous Toy


Pada suatu hari aku dan rakan-rakan mengumumkan kepada kelas bahawa kami peminat Faizal Tahir. *statement macam kami pun artis* Tiba-tiba beberapa orang pengkritik pro menyampuk. Yess, kelas aku tu dipenuhi artis, pendrama *bukan mengetuk dram*, angelic layers, devils wear prada, paparazzi dan pengkritik pro. Ben 10 je takde; menunjukkan budak2 kelas aku takde yang mengalami mutasi gen yang berikrar untuk menyelamatkan dunia dalam 10 bentuk terpelik. *HEHEHE*

Pengkritik pro Mr.A pun komen, "Ape laa yang korang tengok kat FT *stand for Faizal Tahir, not Fabulous Toy* tuu? Dah la bukak-bukak baju! Kalau hensome takpe la jugak, ni dah kawin beranak pinak. Over tau tak? Over!" Gila keras penyataan Mr. A, seorang pengkritik pro kelas ED227U8A.

"Helloooooooow," dengan tangan sebelah dipinggang dan sebelah lagi jari tangan yang tengah telunjuk digerak-gerakkan ke kiri dan kanan tanda NO. Berapi sudah. " Kau ingat kami ni gedik terhegeh-hegeh dekat FT sebab dia handsome ke? Wrong, okay guys..." Eh, stop! tak. tak. Aku mana pernah buat aksi macam tu dalam kelas. Aku kategori angelic layers, of cos tak pernah buat onar macam tu. Itu kategori pendrama je yang sah-sah bukan fans FT kami yang terchenta... begini jawapan aku;

"Kitorang minat dia sebab vokal dia power la. Pandai gubah lagu, dressing pun smart. Baru la rock sejati! Ada attitude! Kan dia tak pakai baju2 Superman tu lagi sejak ada orang bagitau yang Superman tu ciptaan Yahudi..." Kan dah kata, aku angelic layers... normal la jawapan macam ni kan??

"Yang lepas tu dah la. Semua orang pernah buat silap. Fans tak ungkit2 pun. Orang lain je lebih2!" Gaya cakap yang ni dah macam PA FT *stand for personal assistant Faizal Tahir, not pengkipas a** fabulous toy* Eh, korang paham kan fabulous toy tu ape ke jadahnye, kan?? Anyway, tahniah wat Faizal Tahir & Audi Mok sebab lagu Bencinta masuk final AJL!!! Yehuuuu~ Ehem. Er.. baiklah.

..

...

...........

...............

.....................

Kita tanya ape kata orang lain pulak?
Mungkin orang lain dalam kategori Upin Ipin?
Yang asyik kata "Betul! betul! betul!"

*Eh, ini macam pool je :D*


Friday, December 25, 2009

New Year Contest!!!

Bersempena tahun baru 2010, Aisle of Dreams dengan berbesar hati ingin mengadakan satu contest! *yeay!* Bila ada contest, mesti lah ada hadiah! *yeay lagi!* Tapi sebelum kita tengok ape hadiahnya, kat sini aku nyatakan apekah contest itu..

Anda diminta mereka sebuah banner atau header blog
Aisle of Dreams.


Syarat2 penyertaan:

1. Untuk warganegara Malaysia je. Orang Malaysia tapi stay kejap dekat Amerika pun diterima asalkan ada MyKad :P
2. Sila linkkan entri penyertaan anda dengan http://e-tintaemas.blogspot.com
3. Pada banner tu mesti nyatakan;
* Aisle of Dreams
* I laugh 'till I cry
4. Hasil kreativiti mestilah asli dan tidak menciplak mana-mana blog. Peserta dibenarkan menggunakan Adobe Photoshop untuk kerja-kerja pengeditan imej.
5. Peserta diminta meletakkan link entri penyertaan; beserta alamat email pada ruangan comment di bawah atau emailkan saje entri anda ke lea_lyanna@hotmail.com
6. Peserta yang bertuah memenangi contest ini akan dihubungi melalui email.
7. Penganjur berhak mengubah hadiah yang ditawarkan dalam nilai yang sama.
8. Tarikh tutup penyertaan: 10 Januari 2010 jam 11.59 malam :D


HADIAH!!!
Pemenang akan menerima;

Satu set jam tangan Image Quartz Collection!!
>>terima kasih kepada ::BlinkAhOlic::<<

Jadi sekarang anda sudah boleh roger rakan2 anda mengenai contest ini! Selamat mencuba!!



Kopi dan Koko

Aku tak minum Nescafe sebab banyak caffeine pastu nanti aku pening dan sakit perut macam kena food poisoning. Tapi aku minum Milo O_o. Eh kejap. Nescafe dibuat daripada kopi kan? Milo?
*Weyy, coklat tu bukan ke koko? Koko dengan kopi lain laa!* Baiklah. Aku tersilap T__T

Kecetekan ilmu aku tentang kopi dan koko menyebabkan aku terpaksa Gooooogle tentang mereka macam la diorang ni artis, kan. Ini adalah info wajib tahu tentang kopi dan koko:



A Caffe Latte is a single shot of espresso with steamed milk. The milk is steamed, not frothed to produce a smooth texture. There is no frothed milk in this drink. A latte is the perfect coffee for those who like a milky coffee that still has plenty of flavour. Maknanya Caffe Latte kena bubuh kopi ngan steamed milk la? Camne pulak nak steam kan susu tu? Letak dalam periuk kukus tu boleh tak ekk?

A Cappuccino is made from one-third coffee, one-third milk and one-third foam - the classic recipe for a coffee that is great to drink at breakfast or anytime of day. Adakah Cappuccino ni kopi tarik? Asal ade buih je jadi cappuccino kott??

An Espresso is the classic, dark Italian coffee is the perfect pick-me-up and the ideal after-dinner coffee. A good espresso is the Rolls Royce of coffee and has a pure, rich flavour and irresistible smoky aroma. Aisey... camtu.

Instant coffee was launched onto the market in the 1950's. A cup of instant coffee can be prepared quickly and easily, without brewing, since this has already been done in the factory. Ni yang paling senang. Tak payah nak blend2 bijik kopi. huhu~



The amount of caffeine in a piece of chocolate candy is significantly lower than that in coffee, tea or cola drinks. For instance, a 5 oz cup of instant coffee has between 40 and 108 mg of caffeine, while a 1 oz milk chocolate bar contains only 6 mg and many confectionery items have no caffeine at all. Hah! Kan aku dah kata... aku tak boleh minum nescafe tu...
Chocolate can be deadly for dogs. Chocolate contains an ingredient called "Theobromine" which can be toxic to a dogs central nervous system and cardiac muscles. Alamak???... kalau kucing??

Chocolate has great health benefits. It helps with depression, high blood pressure, tumors and pre-menstrual syndromes. Instead... i lurve chocolate ice-cream ;P nyum.. nyum...


So, sekian saje info pasal kopi dan koko. Bajet macam pakar pemakanan je... sudahlah! hikhik~

GengBlogger: Suara Blogger Satu Malaysia


Walaupun contest aku yang ini macam tak mendapat sambutan, tapi aku tetap gembira join contest2 orang lain. HAHAHA. So kali ni aku join contest cipta tagline untuk gengblogger. Serius aku tak paham cara-cara nak join sebab aku baca sekali tak paham dan baca dua kali tiba-tiba ada rules updates lepastu baca tiga kali perut dah lapar. T___T

Konon tagline rekaan aku ni berunsur patriotik la. Kan aku lahir 31 Ogos. kekeke.





Tuesday, December 22, 2009

Dekat Sini Ada Tak?

Sekejap panas. Sekejap sejuk. Ahaha. Aku macam saje je buat-buat lupa yang Malaysia ni beriklim panas dan sejuk sepanjang tahun. Yelah, aku kan tak pernah pergi oversea. *Eh. eh. bukan ke aku pergi Singapore awal tahun hari tu??* Setakat rumah iklim kat Taman Cahaya Seri Alam tu pernah la masuk, kan. Atau sejuk2 peti ais kat Cameron Highland, Breezy2 kipas kat puncak Gunung Mat Cincang Langkawi tuu.. Suam2 kuku kat pantai Port Dickson.. haaa, yang tu semua tu pernah la rasa. So lepas grad ni rase macam nak bercuti over the sea je tapi hari tu dapat surat dari Ptptn kata kalau tak bayar pinjaman dalam masa 14 hari dari tarikh surat, dah kena blacklist ngan imigresen. KAHKAHKAH. Jokes apakah ini?

Maka pada hari ini muncul satu idea yang selama ni aku tak pernah memikirkannya. Check online! Wah, boleh tahan slow motion jugak impuls aku bergerak merentasi nerves yew??



Yeehuu! Tengok... nama aku tak blacklisted pun! saje je Ptptn ni bagi aku cuak. Bukan ke hari tu aku hantar sekali borang penangguhan bayaran. Saje je la tu, kan? So maknanya boleh la aku merentasi sempadan Malaysia next year?? *okay berangan lagiii O_o*

Kemudian, ketika sedang sibuk check-it-out wajah rakan2 kesayangan, aku tertengok gambar ini dari album salah sorang ahli jemaah Comrades di Canberra.

minuman kesihatan ice chOcolate

Owh, ini takpe lagi. kat Malaysia macam ada jugak kan? Tapi gambar yang kat bawah ni agak-agak ada tak kat Malaysia? Kot2 kat ceruk-ceruk pedalaman Sabah ke.. Atau sape2 pernah pergi Gunung Kinabalu ke..

::pix credit to Amal::

Hurm..
*tengah tengok tabung *


aku sedang berjalan-jalan dengan Rahika di Beijing. Ok, Melaka je T___T




Saturday, December 19, 2009

Save Me

Dah hujung-hujung semester ni rasa lain macam je nak masuk lecture. Nervous system terancam! Rasa macam tengah mimpi, mamai-mamai, dan rasa macam tengah berlari-larian di tepi pantai tiba-tiba terhantuk pintu lecture hall. Melankolik yang sangat hiperbola. Patut simbah dengan air sejuk biar semua impuls dalam saraf mula triggered O_o

Macam tengah susah hati. Tapi life goes on. Kalau nak berjaya, jangan biar sekelumit pun rasa kesian dekat diri sendiri mengganggu kelangsungan hidup. Ah. Diri sendiri pun susah nak paham. Jangan banyak cakap! T__T


******************************************

Agak-agak aku hidup sampai umur berapa? Well, aku benci curiousity. Sebab mostly in the end takde hasil pun :/ Err.. maksudnya? Kata live life to the fullest??

Okay, soundtrack dah kedengaran...




Wednesday, December 16, 2009

More to Life

Aku layan lagu ni sejak zaman sekolah menengah lagi. Bila rasa duit tak cukup, result tak bagus, ape2 je laa yang wat aku emo dan down; aku akan teringat lagu ni. So automatik semangat aku naik balik. Kita boleh jadi apa je yang kita fikirkan. Sebab Allah dah bagi peluang so kenapa aku mesti nak wastedkan semua ni? Kita berhak pilih jalan yang kita nak. Maka pilihlah jalan yang kita rasa terbaik bagi diri sendiri.

Wah, entri ini berunsur motivasi :D



Tuesday, December 15, 2009

Color Me Corby

>>This entry is regarding to the Samsung Corby Carnival with Nuffnang


When I was 13, it was compulsory for everyone in the school to wear a formal attire or known as baju rasmi. We called it The Orange Kurung. Everytime there were any formal occasion such birthday party *party?*, appreciation ceremony, VIP's trip, theater at Istana Budaya, or even invitation to watch an opera performance in KLCC we must, err… no; we have to wear that well known Orange Kurung. During that time, unnoticeable; most of us hate any attire in orange color. As we walk out from the school gate, people around KL will recognized us as the-girls-with-orange-kurung T____T.

There are also taboos. If we are wearing that Orange Kurung, we have need to behave properly. Don't talk too much. Don't laugh to loud. Don't do this; don't do that. It was like The Orange Kurung is a holy costume because it will reflect the image of our school.

Until I was 17.

The school administration decided to change The Orange Kurung to something new. Something they thought more fresh, sweet, and lovely outfit. So that year all form one until form four students was wearing purple. Except for us, the senior girls. Somehow, that year orange kurung become so tarnish but full of memories. The Orange Kurung taught us how to walk like a princess, eat like a princess, smile like a princess, even talk like a real princess.

Today, nobody hates orange color anymore. We proud everytime we see an old picture shown the girls with The Orange Kurung.

Perhaps Corby able to color my days into orange, once more?


-Girls with orange kurung-

:: I'm second from left :) ::

-still wearing orange kurung, even it's not the same-

:: I'm the bottom one :P ::


Sunday, December 13, 2009

Entri Terpelik

Ini ialah sesuatu yang jarang-jarang dipraktikkan. Kalau anda rasa kurang manis, maka saya tetap gembira dan merasai kemanisannya. Bukan ke pahit dan manis itu rasa ubat juga??



Friday, December 11, 2009

::PERHATIAN::

Jeng..jeng..jeng..

~,~

Blog aku sudah berubah rupa! *ok, dah selalu so kami tak heran*.. so hopefully aku akan lebih bersemangat untuk terus ber blogging!! since semester baru dah nak mula.. and it will be my final sem.. looking forward to have so much fun too!!!

missing everybody!
XOXO~


Wednesday, December 2, 2009

Undilah Sekarang! Taknak xpe.


(it took me 10 minutes to think about what i'm gonna say in this entry).

Heuwww! Banyak sangat cerita tapi tak tau nak cerita macamana. Lepastu MALAS. Takde ubat deh kalau dah malas tu. Masuk kotak bungkus! Hah. So, straight to the point; wahai cik Ly apakah tajuk entri anda pada hari ini? Jap ye rakan-rakan. Mungkinkah aku perlu bercerita tentang kucing aku yang mati di pagi Aidiladha? Atau kerja-kerja penggalian kubur kucing? Atau betapa aku tak boleh lelap memikirkan kecantikan beg-beg replika Coach? Atau kisah rumah aku dimasuki perompak untuk kesekian kali??

undilah sekarang dan hantarkan ke 31244 tekan-tekan tak dapat.

Sekian.