Tuesday, December 22, 2009

Dekat Sini Ada Tak?

Sekejap panas. Sekejap sejuk. Ahaha. Aku macam saje je buat-buat lupa yang Malaysia ni beriklim panas dan sejuk sepanjang tahun. Yelah, aku kan tak pernah pergi oversea. *Eh. eh. bukan ke aku pergi Singapore awal tahun hari tu??* Setakat rumah iklim kat Taman Cahaya Seri Alam tu pernah la masuk, kan. Atau sejuk2 peti ais kat Cameron Highland, Breezy2 kipas kat puncak Gunung Mat Cincang Langkawi tuu.. Suam2 kuku kat pantai Port Dickson.. haaa, yang tu semua tu pernah la rasa. So lepas grad ni rase macam nak bercuti over the sea je tapi hari tu dapat surat dari Ptptn kata kalau tak bayar pinjaman dalam masa 14 hari dari tarikh surat, dah kena blacklist ngan imigresen. KAHKAHKAH. Jokes apakah ini?

Maka pada hari ini muncul satu idea yang selama ni aku tak pernah memikirkannya. Check online! Wah, boleh tahan slow motion jugak impuls aku bergerak merentasi nerves yew??



Yeehuu! Tengok... nama aku tak blacklisted pun! saje je Ptptn ni bagi aku cuak. Bukan ke hari tu aku hantar sekali borang penangguhan bayaran. Saje je la tu, kan? So maknanya boleh la aku merentasi sempadan Malaysia next year?? *okay berangan lagiii O_o*

Kemudian, ketika sedang sibuk check-it-out wajah rakan2 kesayangan, aku tertengok gambar ini dari album salah sorang ahli jemaah Comrades di Canberra.

minuman kesihatan ice chOcolate

Owh, ini takpe lagi. kat Malaysia macam ada jugak kan? Tapi gambar yang kat bawah ni agak-agak ada tak kat Malaysia? Kot2 kat ceruk-ceruk pedalaman Sabah ke.. Atau sape2 pernah pergi Gunung Kinabalu ke..

::pix credit to Amal::

Hurm..
*tengah tengok tabung *


aku sedang berjalan-jalan dengan Rahika di Beijing. Ok, Melaka je T___T




Saturday, December 19, 2009

Save Me

Dah hujung-hujung semester ni rasa lain macam je nak masuk lecture. Nervous system terancam! Rasa macam tengah mimpi, mamai-mamai, dan rasa macam tengah berlari-larian di tepi pantai tiba-tiba terhantuk pintu lecture hall. Melankolik yang sangat hiperbola. Patut simbah dengan air sejuk biar semua impuls dalam saraf mula triggered O_o

Macam tengah susah hati. Tapi life goes on. Kalau nak berjaya, jangan biar sekelumit pun rasa kesian dekat diri sendiri mengganggu kelangsungan hidup. Ah. Diri sendiri pun susah nak paham. Jangan banyak cakap! T__T


******************************************

Agak-agak aku hidup sampai umur berapa? Well, aku benci curiousity. Sebab mostly in the end takde hasil pun :/ Err.. maksudnya? Kata live life to the fullest??

Okay, soundtrack dah kedengaran...




Wednesday, December 16, 2009

More to Life

Aku layan lagu ni sejak zaman sekolah menengah lagi. Bila rasa duit tak cukup, result tak bagus, ape2 je laa yang wat aku emo dan down; aku akan teringat lagu ni. So automatik semangat aku naik balik. Kita boleh jadi apa je yang kita fikirkan. Sebab Allah dah bagi peluang so kenapa aku mesti nak wastedkan semua ni? Kita berhak pilih jalan yang kita nak. Maka pilihlah jalan yang kita rasa terbaik bagi diri sendiri.

Wah, entri ini berunsur motivasi :D



Tuesday, December 15, 2009

Color Me Corby

>>This entry is regarding to the Samsung Corby Carnival with Nuffnang


When I was 13, it was compulsory for everyone in the school to wear a formal attire or known as baju rasmi. We called it The Orange Kurung. Everytime there were any formal occasion such birthday party *party?*, appreciation ceremony, VIP's trip, theater at Istana Budaya, or even invitation to watch an opera performance in KLCC we must, err… no; we have to wear that well known Orange Kurung. During that time, unnoticeable; most of us hate any attire in orange color. As we walk out from the school gate, people around KL will recognized us as the-girls-with-orange-kurung T____T.

There are also taboos. If we are wearing that Orange Kurung, we have need to behave properly. Don't talk too much. Don't laugh to loud. Don't do this; don't do that. It was like The Orange Kurung is a holy costume because it will reflect the image of our school.

Until I was 17.

The school administration decided to change The Orange Kurung to something new. Something they thought more fresh, sweet, and lovely outfit. So that year all form one until form four students was wearing purple. Except for us, the senior girls. Somehow, that year orange kurung become so tarnish but full of memories. The Orange Kurung taught us how to walk like a princess, eat like a princess, smile like a princess, even talk like a real princess.

Today, nobody hates orange color anymore. We proud everytime we see an old picture shown the girls with The Orange Kurung.

Perhaps Corby able to color my days into orange, once more?


-Girls with orange kurung-

:: I'm second from left :) ::

-still wearing orange kurung, even it's not the same-

:: I'm the bottom one :P ::


Sunday, December 13, 2009

Entri Terpelik

Ini ialah sesuatu yang jarang-jarang dipraktikkan. Kalau anda rasa kurang manis, maka saya tetap gembira dan merasai kemanisannya. Bukan ke pahit dan manis itu rasa ubat juga??



Friday, December 11, 2009

::PERHATIAN::

Jeng..jeng..jeng..

~,~

Blog aku sudah berubah rupa! *ok, dah selalu so kami tak heran*.. so hopefully aku akan lebih bersemangat untuk terus ber blogging!! since semester baru dah nak mula.. and it will be my final sem.. looking forward to have so much fun too!!!

missing everybody!
XOXO~


Wednesday, December 2, 2009

Undilah Sekarang! Taknak xpe.


(it took me 10 minutes to think about what i'm gonna say in this entry).

Heuwww! Banyak sangat cerita tapi tak tau nak cerita macamana. Lepastu MALAS. Takde ubat deh kalau dah malas tu. Masuk kotak bungkus! Hah. So, straight to the point; wahai cik Ly apakah tajuk entri anda pada hari ini? Jap ye rakan-rakan. Mungkinkah aku perlu bercerita tentang kucing aku yang mati di pagi Aidiladha? Atau kerja-kerja penggalian kubur kucing? Atau betapa aku tak boleh lelap memikirkan kecantikan beg-beg replika Coach? Atau kisah rumah aku dimasuki perompak untuk kesekian kali??

undilah sekarang dan hantarkan ke 31244 tekan-tekan tak dapat.

Sekian.