Thursday, November 19, 2009

Kisah Hantu Pukul 3 Pagi

Assalaaamualaikum! *buat-buat nada Dafi bagi salam dlm iklan SilkyGirl*

Owh, rase sengal-sengal badan pulak tiba-tiba. Maklum la. Seminggu tak keluar rumah bertapa sampai boleh dipanggil sang petapa dah ni. *okay dah, over*. Konon sekarang nak update la ni tapi pukul 3 pagi camni entah ape ntah yang nak di update cepat-cepat.

Tadi tengok Jangan Tegur...Lagi. Huhu. Seram jugak tengok hantu dia. Semua orang tahap tutup mata intai dari celah jari je. Aku ni pun nampak je berani tapi sebenarnya pun penakut. *HAHAHA biar aku gelak sendiri di sini. Entah-entah korang pon sama je..*

Bercakap tentang hantu pukul 3 pagi camni, meh aku cite satu kisah hantu yang fames time aku kecik-kecik dulu. Macam yang korang tau, aku tinggal kat Kampung Sijangkang Tanah Permai *saje tambah-tambah sesedap rasa*. Waktu aku umur 6 ke 7 tahun tempat aku ni femes ngan kisah Pontianak a.k.a Ms. Ponti masuk kampung. Huhuhu. Seram..seram.. Al kisah kalau nak pegi sekolah dulu aku naik basikal secara solo sebab tak ramai kawan aku yang naik basikal dari jalan rumah aku ni. Pastu kakak sedara aku cerita yang family sedara dia kecoh nampak ms. ponti time balik mengaji mukaddam. Kebetulan rumah sedara dia tu laluan harian aku ke sekolah setiap pagi dan petang. Lagi la teruja aku nak tau rupa paras ms. ponti tu kot-kot selama ni aku bertegur sapa tapi tak tau yang dia tu ms. ponti kan?

Katanya rambutnya panjang mencecah tanah... berbaju putih ala-ala jubah siti nurhaliza tapi time tu siti tak top lagi so akak sedara aku kata pakai baju putih panjang je laa. Pastu matanya merah menyala nampak taring bila menyeringai.. Wuhuuu... sape tak lari nampak hantu camni kan? Pastu hantu tu tahan basikal budak tu balik mengaji. Last-last budak tu campak je beskal tu tepi jalan sambil lari lintang pukang. Ini takpe lagi. Pastu selang beberapa hari ada yang terserempak pulak ms. Ponti ni dekat tepi jalan pegi kubur. Cuma kali ni ms. Ponti demand sikit. Dia tahan kereta. Abis tu takkan owner kereta tu nak campak kereta tepi jalan kot? Cukup lah setakat pengsan di situ. Tamat.

Haaa... bila dengar cerita-cerita macam ni semua orang memang takut nak keluar malam. Tapi mengaji mukaddam tetap kena mengaji. Rumah makcik yang ajar aku mengaji mukaddam tu pulak nun kat hujung jalan rumah aku. Ade la dalam kiraan 100 kalau aku kayuh basikal pegi rumah dia. Memang seram nak pergi mengaji lepas sembahyang maghrib tu. Nasib baik waktu tu sepupu aku pun ngaji sama. So tak la seram sangat. *okay aku konpius sekarang seram ke tak sebenarnya waktu tu..*

Pernah sekali sepupu aku tak pegi mengaji. Konon nye sembahyang kat surau. So aku pegi la dengan adik aku. Makcik yang ajar aku mengaji ni pulak hari-hari jual askem malaysia yang 20sen tu. Jadi macam best la jugak sebenarnya dapat makan askem malam-malam lepas mengaji. Sambil aku makan askem aku pun kayuh basikal cepat-cepat. Ingat..ingat.. ada hantu! Sampai je depan rumah..

"gaarrrrrrrr!!!"

Aish kurang ajor punya sepupu! Sempat dia ngan kawan dia panjat pokok durian depan rumah aku tu malam-malam?? Aku ape lagi.. tak terkayuh basikal dah. Askem pun dah melayang ke mana. Membazir tau askem 20 sen tu! Penat aku simpan 20 sen hari-hari dari duit belanja rehat kat sekolah. Kalau aku baik aku simpan 40 sen sebab nak belanja adik aku sekali. Nasib baik aku tak jatuh ke apa ntah. Dah sedih dah malam tu.. *emo ni.. emo..*

Hah. Banyak lagi cite hantu aku nak cite ni. Maklum la aku kan duduk hostel dari form one. Dapat pulak sekolah asrama yang betul-betul oldschool camtu. Siap blok zaman british lagi. Contohnya macam cite hantu tin.

Ha? Hantu tin? Mesti korang tak pernah dengar kan? Camni pulak cite dia..

Eh sekejap. nak unplug usb mp3 aku ni sat.. dah fully charge.

Eh, takpe la. aku nak dengar lagu la pulak. Korang teka la dulu hantu tin tu camne rupanya.


Ok. Bye!






No comments: