Monday, November 23, 2009

Did I feel stupid when I speak Malay?

XXX

wow!

Tu je yang boleh aku katakan bila baca blog tu. HAHAHA. Maaf la ye kat owner blog tu coz tak pasal-pasal ada orang review pasal blog dia pulak. Dah la tak mintak permission. Sesuka hati jer. Kalau dia nak saman dah terpaksa delete blog sendiri pulak. Uhuhu.. takpe nanti aku mintak izin :P

Blog tu boleh dikatakan biasa je sebab ini personal blog, mostly cerita tentang his daily life routine. Cuma yang bagusnya blog dia sebab English dia memang A++ superb & fantastic. Sampaikan aku baca pun kena rujuk kamus sebab vocab yang dia guna memang outstanding. Ada class gitu!

Dia ada sindir-sindir gak Melayu rural yang konon nak cakap English tapi sebenarnya tak la pandai sangat then boleh pulak berlagak hebat. Aiyooo~ teringat pulak interview KPM dulu. Aku belasah je cakap ape ntah janji interviewer tu paham maksud aku. Entah la. Sejak jarang baca novel English ni vocab aku sangat limited. Aku rasa journal-journal nak wat AE tu bahasa dia boleh dikatakan simple English kalau nak banding dengan novel English. Sebab tu aku rasa takde beza sangat dari pengetahuan tentang vocab sebelum ni. Kena take note ni! Teringat aku pernah call office abah dulu masa aku form one. Bila receptionist tu tanya,

"Yes, who's speaking?" aku dah menggelabah. Kena cakap inggeris jugak ke? Aku pun jawab la dengan ayat yang aku dah belajar sejak sekolah rendah lagi.

"Hello may I speak to my father?" KAHKAHKAH gila berdebar cakap inggeris kat telefon. Pertama kali ni, of coz aku nervous! Lepas tu orang tu tanya lagi tapi aku tak paham la pulak ape dia tanya T_________T. Dah terkial-kial aku nak menjawab.

"Err... umm.." Agak-agak macam aku susah nak menjawab tiba-tiba receptionist tu tanya,

"Ye... adik nak cakap dengan siapa? Nama ayah siapa?"

Huh! Lega aku receptionist ni tau cakap Melayu. HUAHUAHUA. Abah aku kata diorang kat opis semua gelak bila receptionist tu bagitau ape jadi kat dalam talian tu. Pffttttt!!!!

Sejak hari tu la aku berusaha nak belajar Bahasa Inggeris baik-baik. Aku taknak orang gelakkan aku lagi sebab aku tak tau speaking atau salah pronounce. Lagi-lagi la dah masuk universiti macam ni, *Ok, dah nak keluar dah sebenarnya* haruslah fluence in English.

Takpe la tak master pun tapi sekurang-kurangnya kita boleh bagi good impression pada mereka yang speaking dengan kita. So simple English tu kira accepted la kan daripada tak boleh speaking langsung. No?



Sunday, November 22, 2009

I like to mOve it! mOve it!

Entry lepas telah pun selamat di alih kerana mood saya telah baik hari ini :)

Sekian terima kasih.
Ok, bye!


Thursday, November 19, 2009

Aku Nightmare Lagi

Disebabkan pagi tadi aku cerita pasal hantu, so bila aku tidur je terus dapat nightmare. Hah. Salahkan hantu! Bertuah punya hantu. Tapi night mare ni tak pulak kelihatan hantunye tapi manusia. Kan manusia ni lagi menakutkan dari hantu. Tak tau la camne manusia seorang ni boleh tembus mimpi aku. sumpah scary gila. macam speechless je aku. oh, mustahil. mustahil mimpi tu boleh berlaku secara realiti nya. kalau ditakdirkan Tuhan berlaku jugak, aku akan ingat post ni sampai bila-bila.
Begini.

Dulu masa aku form two, aku ada sebuah catatan harian yang diberi nama, "Buku seribu mimpi". Hah. Novelis sekali I tell you. Dalam buku tu seperti yang tercatat tajuknye; pasal mimpi. So ade la dua tiga orang member aku jadi fans buku ni. HAHAHA. Unbelievable. Gembira sekali aku ada orang suka baca koleksi mimpi aku. Pernah sekali tu aku mimpi dorm sister aku boleh terbang. Satu batch tahu pasal mimpi tu. Semua macam takut itu petanda blok hostel kitorang ada hantu. Belum lagi mimpi orang solat berubah kiblat. Lagi havoc. Semua macam suspect ni mesti pasal ramai ponteng solat lepas dinner. Pastu ustazah pun buat spot-check ngan pengawas siapa ponteng solat. Well, satu cara je kan nak tau orang perempuan boleh solat ke tak? Dah tau senyap.

Hantu tin? Hah. Lupa pulak pasal tu. Camni. Sekolah aku time kat KL dulu ada basketball court kat tepi bukit. Atas bukit tu ada tangki air besar. Pastu sebelah court tu pulak ada blok hostel lama. Di bina waktu pemerintahan British. Tapi pastu blok tu dah tukar jadi bilik P&P ngan stor perabot sekolah. Still menakutkan kalau waktu malam. Belakang blok tu ada jalan a.k.a Jalan Kolam Ayer. Tak tau la pulak mana lokasi kolam tu. Tapi hujung jalan tu dah diletak pagar. Tak nampak jalan tu sampai mana sebab dah bersemak. Macam no entry camtu. Sebelah jalan tu cerun. Bawah cerun pulak ada sungai. Sebelah sungai ada setinggan. Konklusi nye sekolah ni atas bukit la. Lagi scary kan? Hohoho. Ok dah penat discribe lokasi basketball court tu. Huh.

Sambung.

Dulu - ni dorm leader aku cerita sebab dia basketball player sekolah. Ok, dulu seniors basketballer suka main basketball malam-malam. Malam kan sejuk, berangin, tak panas la senang kata. Ada pulak sorang senior ni suka main sorang-sorang. Dah sejuk macam tu memang carik nahas la kalau ada penyakit lelah ke asma. Ditakdirkan dia diserang penyakit pastu jatuh kat situ. Takde sapa perasan sebab dah malam pastu pak guard pun tertidur kot lupa nak round. Pagi tu jumpa dah meninggal. Innalillah. Lepas kes tu student dah tak dibenarkan main basketball malam lepas waktu prep. Pukul 11 dah light-off. Tak boleh keluar dorm masing-masing. Alkisah ada sorang makhluk Allah ni suka-suki je keluar. Sebab dah biasa main basketball waktu malam cam dulu. Bila dia scribble bola je dia dengar macam ada bunyik bola kat belakang dia jugak. Patu bunyik orang main tarik tin yang dah di ikat banyak-banyak tu. Mula-mula macam jauh pastu makin lama bunyik nye makin dekat. Bila dia toleh...

"Seronok main?"

Owh. Pakcik guard rupanya tengah round sekolah.. MUAHAHAHA~ kan aku dah kata. Manusia lagi menakutkan daripada hantu, kan??

Ada lagi satu cerita ni. Kisah hantu atas locker. Yang ni serious creepy. Kang kalau aku ingat aku cerita ek?

Ok, bye!


Kisah Hantu Pukul 3 Pagi

Assalaaamualaikum! *buat-buat nada Dafi bagi salam dlm iklan SilkyGirl*

Owh, rase sengal-sengal badan pulak tiba-tiba. Maklum la. Seminggu tak keluar rumah bertapa sampai boleh dipanggil sang petapa dah ni. *okay dah, over*. Konon sekarang nak update la ni tapi pukul 3 pagi camni entah ape ntah yang nak di update cepat-cepat.

Tadi tengok Jangan Tegur...Lagi. Huhu. Seram jugak tengok hantu dia. Semua orang tahap tutup mata intai dari celah jari je. Aku ni pun nampak je berani tapi sebenarnya pun penakut. *HAHAHA biar aku gelak sendiri di sini. Entah-entah korang pon sama je..*

Bercakap tentang hantu pukul 3 pagi camni, meh aku cite satu kisah hantu yang fames time aku kecik-kecik dulu. Macam yang korang tau, aku tinggal kat Kampung Sijangkang Tanah Permai *saje tambah-tambah sesedap rasa*. Waktu aku umur 6 ke 7 tahun tempat aku ni femes ngan kisah Pontianak a.k.a Ms. Ponti masuk kampung. Huhuhu. Seram..seram.. Al kisah kalau nak pegi sekolah dulu aku naik basikal secara solo sebab tak ramai kawan aku yang naik basikal dari jalan rumah aku ni. Pastu kakak sedara aku cerita yang family sedara dia kecoh nampak ms. ponti time balik mengaji mukaddam. Kebetulan rumah sedara dia tu laluan harian aku ke sekolah setiap pagi dan petang. Lagi la teruja aku nak tau rupa paras ms. ponti tu kot-kot selama ni aku bertegur sapa tapi tak tau yang dia tu ms. ponti kan?

Katanya rambutnya panjang mencecah tanah... berbaju putih ala-ala jubah siti nurhaliza tapi time tu siti tak top lagi so akak sedara aku kata pakai baju putih panjang je laa. Pastu matanya merah menyala nampak taring bila menyeringai.. Wuhuuu... sape tak lari nampak hantu camni kan? Pastu hantu tu tahan basikal budak tu balik mengaji. Last-last budak tu campak je beskal tu tepi jalan sambil lari lintang pukang. Ini takpe lagi. Pastu selang beberapa hari ada yang terserempak pulak ms. Ponti ni dekat tepi jalan pegi kubur. Cuma kali ni ms. Ponti demand sikit. Dia tahan kereta. Abis tu takkan owner kereta tu nak campak kereta tepi jalan kot? Cukup lah setakat pengsan di situ. Tamat.

Haaa... bila dengar cerita-cerita macam ni semua orang memang takut nak keluar malam. Tapi mengaji mukaddam tetap kena mengaji. Rumah makcik yang ajar aku mengaji mukaddam tu pulak nun kat hujung jalan rumah aku. Ade la dalam kiraan 100 kalau aku kayuh basikal pegi rumah dia. Memang seram nak pergi mengaji lepas sembahyang maghrib tu. Nasib baik waktu tu sepupu aku pun ngaji sama. So tak la seram sangat. *okay aku konpius sekarang seram ke tak sebenarnya waktu tu..*

Pernah sekali sepupu aku tak pegi mengaji. Konon nye sembahyang kat surau. So aku pegi la dengan adik aku. Makcik yang ajar aku mengaji ni pulak hari-hari jual askem malaysia yang 20sen tu. Jadi macam best la jugak sebenarnya dapat makan askem malam-malam lepas mengaji. Sambil aku makan askem aku pun kayuh basikal cepat-cepat. Ingat..ingat.. ada hantu! Sampai je depan rumah..

"gaarrrrrrrr!!!"

Aish kurang ajor punya sepupu! Sempat dia ngan kawan dia panjat pokok durian depan rumah aku tu malam-malam?? Aku ape lagi.. tak terkayuh basikal dah. Askem pun dah melayang ke mana. Membazir tau askem 20 sen tu! Penat aku simpan 20 sen hari-hari dari duit belanja rehat kat sekolah. Kalau aku baik aku simpan 40 sen sebab nak belanja adik aku sekali. Nasib baik aku tak jatuh ke apa ntah. Dah sedih dah malam tu.. *emo ni.. emo..*

Hah. Banyak lagi cite hantu aku nak cite ni. Maklum la aku kan duduk hostel dari form one. Dapat pulak sekolah asrama yang betul-betul oldschool camtu. Siap blok zaman british lagi. Contohnya macam cite hantu tin.

Ha? Hantu tin? Mesti korang tak pernah dengar kan? Camni pulak cite dia..

Eh sekejap. nak unplug usb mp3 aku ni sat.. dah fully charge.

Eh, takpe la. aku nak dengar lagu la pulak. Korang teka la dulu hantu tin tu camne rupanya.


Ok. Bye!






Saturday, November 7, 2009

When my account balance showed rm1000.

Ini berita buruk. Bila baki duit dlm akaun bank catat rm1000, aku tau dah petanda apakah itu..

DUIT ANDA SUDAH HABIS. SEKIAN.

Oh cik Ly yang budiman. Bagaimanakah kamu harus mendapatkan wang segera? Meski pun tadi ada gatal2 telapak tangan tapi jgn la percaya kata org tua2 konon nak dapat duit la tu. tidak. tidak sama sekali. duit tak turun macam hujan petang2 hari mcm ni. lain. tak sama. duit kamu sudah kehabisan. dan gaji skp dapat tahun depan *demm* . scholar pun sah2 masuk tahun depan juge. hidup lah kamu dengan saki-baki wang yang ada.

sewa bulan 12 dan 1 ; rm162 x 2 = rm 324
duit api air bulan 12 dan 1 ; rm10 x 2 = rm 20
duit minyak bulan 12 dan 1 ; rm 80 x 2 = rm 160
bil broadband maxis bln 10 dan 11; rm 68 x 2 + 10 = rm 146
bil broadband bulan 12 dan 1 ; rm68 x 2 = rm 136
jumlah = rm 782

tadi br je bayar duit kereta.

sigh.


Tuesday, November 3, 2009

The Signs

Lepas practicum ari tu aku mmg malas nak update blog. Sebab aku malas nak pikir apa2 dan malas nak bincang apa2. Bila join SKP last month, aku kira it's good to have such experience bekerja belakang tabir untuk satu function besar-besaran. Walaupun stress dan penat.

2 days ago, I thought i want to stay a bit longer in shah alam but since my laptop is gone; i have no idea how to live in shah alam without a laptop. Rasa macam duduk dalam kotak je. Erm. whateva.

Then aku pikir lagi since sekarang br ada mood nk berfikir. What if aku stay kat shah alam and do all my assignments in library? Does it sound better for me? FM, aku bukannya rajin sgt nk duduk wat kerja kat rumah. Bukannya susah pun nak bertapa kat library tu kan? Internet pun ada. Mcm lg convenience kan.. with lecturer just a call away kalau nk jumpa? But it would be sucking boring laa. Owh, what a tragic life. Dan aku buat bodoh je ngan sume ni. Sbb mcm yg aku cakap; aku malas nak pikir :/

Hurm.

Tak salah hidup dlm boring n dull life kan? let me see.. in the end all the works will be done kan? we never knew what we are fate to be. Maybe laptop hilang is a sign. A sign to be a better person. Even aku tak paham apa kena mengena laptop hilang dgn be a better person, satu hari nanti maybe I could understand. but for now, life goes on baby...

Hope you like this clip. This might be you.






Monday, November 2, 2009

Goodbye my loverssss ToT

Seyes aku tak sangka itu lah kali terakhir aku bercakap di telefon ngan Fida, baca msg kak Asya, taknak layan adik aku ajak pergi kedai beli jajan sebab duit tu aku nk guna balik shah alam keesokan hari nnt dan lap skrin laptop yang berhabuk tu sambil countdown ''30 minutes left to complete download'' kat skrin.

Lambatnye?

So aku unplugged broadband aku dan on kan wireless rumah. Tengok kat skrin dah 27 minutes left. Mata rasa berat sangat.

"Wait for me.............27..26..25.."

Bila aku sedar je aku hairan. laptop ats meja dah takde. beg laptop pun takde.

"Abah amik laptop aku ke? Ape jadi kat download tadi?"
Dahi aku berkerut. Terkebil-kebil aku memandang meja yang kosong. Cuba berfikir lagi.

"Kenapa almari baju terbukak? Mak ambik barang kat almari ke?"
Aku berdiri. Beg ats meja pun takde.

"Pukul berapa ni? Mana handset aku ye?"

Aku ternampak jam tangan atas meja. Aku tenung lama-lama.
"Pukul 5. Tak logik..tak logik.."
Cepat2 aku bukak pintu.
Bila nampak ada selonggok beg mak atas carpet baru aku paham..

"MAK!!! RUMAH KITA KENA ROMPAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"