Sunday, September 13, 2009

Battle of the shoes

HABIS.

Apa yang dah habis? Owh.. semester 7 dah habis. Kahkahkah. Ini serius tau!

Baiklah.
SEMESTER 7 SUDAH HABIS.

Yezza! ada tinggal satu sem lagi ni. Dan akhir2 ni la ramai pulak yang nak mendirikan rumah tangga. Rahika kata budak2 kelas Bio ni memang hot2 belaka. sebab tu mostly married, sebelum habis belajar kan rahik? Tapi manusia macam aku ni ada exception la. Hot tapi single. Sebab aku tunggu anak raja masuk meminang. Rugi la pulak kalau dah cun2 tp dapat kawen dengan orang kebanyakan jer. Lagi pun orang2 kebanyakan tak berani buat ayat-ayat cinta kat aku. Tak laku ayat-ayat cinta mereka. Aku tak boleh hidup dengan ayat-ayat cinta tu. Meluat betul bila ada orang bertanya soalan2 basi berbaur ayat-ayat cinta.

Ala panjang betul nak eja ayat-ayat cinta ni.

AAC paham kan? Okeh. Aku ulang ye? Aku tak boleh hidup dengan AAC tu. Ade ke orang beli beras guna AAC je? Nak bayar rumah, kereta, makan-minum, minyak, baju. Setakat AAC budak tadika pun dah tau guna. kan?kan? Nak guna AAC zaman sweet 16 dulu boleh la kot. Tapi sekarang umur aku dah 22 tahun. Mau berapi kalau tackle aku guna AAC! Be realistic la kan??

*Wah! Gila kerek ko! HAHAHA. Emosi la tu sbb ramai nk kawen cuti 3 bulan ni?! *

NO lah. I tak kerek okay. I cuma serius, u knoe. I cuma terlalu realistik. One day, when I met my mrlovemebytheway, aku akan cakap;

This love is real because you're real, I'm real and we're not in a movie.

Ecececeh. Senyum sekarang!

Okay sebelum aku meleret cerita jadi merepek, baik aku stop. Nak bercinta skrg sila kembali ke alam realiti. Takde kisah cinta dlm blog ni.

Bertukar!!

Dengan sukacita, aku telah selamat berekspedisi mencarik kasut raya. Heheheh. Dengan penyertaan tunggal daripada cik afida, kami telah melangkah ke Sogo dengan jayanya. Tapi malang cik afida tak bersedia untuk menyertai battle of the shoes pada hari tu menyebabkan beliau pening2 dan sesak nafas sbb begitu merry ah suasana Sogo dan jalan2 disekitar ibu kota hari tu.. Aku pulak setelah tawaf 4kali dalam celahan ribuan peserta battle of the shoes, mengamalkan konsep watch and grab sebab dengan bilangan pembantu jualan yang terhad, kasut yang bersepah-sepah tapi takde diskaun *kalau ade pun masih mahal*, dan no space untuk wat catwalk menguji tahap keselesaan kasut, aku rase konsep watch and grab je la pilihan yang ada.

Mujur bertemu Miss Notti.
*ini bukan promo filem Jin Notti*

Gambar update later. Photoshop under maintainance :)

Miss Notti ialah teman kakiku yang baru. Wedges comfortfit dari Nautini berwarna purple. *Tiba2 teringat kat Miss Alainor. Peep toe wedges dari Alain Delon berwarna putih yang baru dipakai 3 kali.* Baiklah2. Fokus kita! Fokus! Miss Notti adalah wedges berkapasiti 3inch dari permukaan rata bumi tetapi dilengkapi dengan platform supaya pemakai tidak mengalami tekanan pada tulang belakang. Jugak paling utama sebab ia adalah jenis comfortfit. Tak rasa sengal2 kaki bila dibuat berjalan sebab permukaan kasut yang lembut dan very comfortable. Memang nice lah untuk gadis yang suka berjalan laju-laju macam aku.

Dan bila sampai rumah, aku sangat berpuas hati dengan ciri2 yang ada pada Miss Notti. Dengan harapan hari raya tahun ini bertambah merry ah dengan kehadiran Miss Notti, diharap prestasi Miss Notti memberangsangkan ssepanjang Aidilfitfi.


Majulah sukan untuk negara.
*merujuk pada aktiviti battle of the shoes tadi*


No comments: