Friday, September 24, 2010

Sang Pemikir Kerdil



Siang bermula seusai Subuh sehingga tibanya saat azan Maghrib berkumandang, dan matahari pun terbenam. Dan kita selalu menyangka malam sangat pendek waktunya sedangkan dua per tiga malam kita sudah mulakan dengan perjalanan ke alam mimpi. Hakikatnya siang dan malam punya 12jam melainkan Malaysia bertukar kedudukan dalam peta dunia.

Aku memandang siang sebagai pentas untuk aku melakonkan watak aku. Dilahirkan dalam golongan pemikir maka siang adalah waktu untuk sang pemikir kerdil seperti aku meneruskan perjuangan mencipta dunia sendiri. Sungguh dunia aku belum lengkap sehinggalah saat aku menghembuskan nafas terakhir yang entah terlantar di katil hospital, katil rumah mahupun tersepit di bawah kenderaan sendiri. Tragis, kan?

Lucunya saat aku terus melakonkan watak sang pemikir kerdil, amat jarang aku membicarakan tentang hati dan perasaan. Mungkin kerana terlalu menjaga hati dan perasaan orang lain, aku mengabaikan apa kata hati sendiri. Sanggup melukakan hati sendiri kerana sedar sebagai sang pemikir kerdil, hidup ini perlu sentiasa bergantung pada kekuatan orang lain. Dan diri cuma ada dua tangan yang boleh dihulur, bukannya kaki. Sangat takut untuk dibenci tapi diri membenci orang lain. Hipokrit, kan?

Sedar atau tidak, terlalu banyak berfikir menyebabkan delusi yang dicipta sendiri dengan alasan menggembirakan hati yang kemurungan. Inilah yang aku miliki. Delusi dan kemurungan. Sang pemikir kerdil yang hidup dalam delusi dan kemurungan. Bunyinya menakutkan seakan penyakit psikotik dan memerlukan rawatan segera dari pakar sakit jiwa. Dan hakikatnya akulah pakar sakit jiwa yang percaya boleh merawat segala jenis penyakit hati yang orang lain miliki. Ayat-ayat aku indah. Ibarat air yang mengalir ketika hati ketandusan perhatian. Membuatkan orang lain tersenyum dan mengelap pipi yang kebasahan dek air mata.

Buat seketika, biarlah aku dengan watak sang pemikir kerdil ini. Sehingga tiba waktu Pengarah memberikan aku skrip yang baru. Tapi mungkinkah?


Tuesday, September 21, 2010

Perfecto :)


Tadi I ke kedai membeli cinta. *Heh gila kau! Agak-agak la pun...!* Eh, tak. Tak. I ke kedai membeli bahan masakan... Duduk rumah goyang-goyang kaki risau pulak berat badan naik. Tak pasal2 nanti baju konvo I tak muat! So untuk mengelakkan I gemuk, I pun decided untuk memasak supaya ahli rumah ni yang gemuk, bukan I :D Pandai tak?


I ni bukanlah pandai sangat memasak. Tapi kalau orang tanya resepi tu I tak kesah nak kongsi. Sebab I goreng mee hoon pun ade akak tanya I bubuh apa rasa dia sedap camni? Hoho. I bubuh kasih sayang je kak :) ok sesi masuk bakul tamat.


So dah sampai kedai I tak jumpa pulak bahan2 masakan yang dicari. Hampa. I bukannya cari keju cheddar ke parmesan atau daun parsley ke stok rebusan bagai. I cari PREGO. Tau ape tu Prego? Ala yang kat iklan dalam TV tu. Tu pun takde? Dua kedai I carik pun takde jugak. So I duduk fikir kejap dalam kedai. Kalau masak sos pasta apa ye bahan-bahannya?


Gahhhhh. I beli je apa yang I rasa ada dalam sos pasta! So kaum wanita, jangan manjakan diri anda dengan bahan masakan segera, ok? Tak semua boleh dibeli dari kedai :D


Bermula la sesi memasak sos pasta yang I sendiri pun tak tau resepinya. Kena bubuh serai ke daun limau purut ke halia ke tak? Omputih masak guna benda semua ni ke? Mungkin sama macam masak kuah satay kot? Wakaka! I pun tak tau! Dah sampai dapur dah, takkan baru nak cari resepi kat internet kot? Hantam la labu!


Akhirnya siap jugak pasta and the sauce. Rasanya? Ok kot... sebab adik I tambah 3 kali sampai lambat pergi sekolah petang :D




Sunday, September 12, 2010

Ombak Jahat


Ombak

Hempaslah aku ke pantai

Biar pecah menjadi buih

Namun

Aku akan tetap kembali ke laut bergelora

********************************************

lama x bersajak! tiba2 amik feel..

ehem.. takde berkenaan ngan sesiapa atau perumpamaan bagai :D

Tuesday, August 31, 2010

Suffocated


Welcome September! :)

Semalam is my 23rd besday!! Macam selalu... sejak besday ni jatuh bulan puasa cam tak bersemangat je sbb tak boleh makan-makan time siang :D So malam ambang merdeka tu keluar with my sis cari kek. Kek? Hoh, aku kalau bab kek ni memang laju. Benda-benda manis ni nampak sweet je kan? Hahaha... Mula-mula pergi King's sebab memang selalu beli kek kat situ. Tapi tahun ni rasa nak makan Secret Recipe plak. So pergi la sana. Tengok kek yang ada tak banyak.. hampa :( Mostly kek chocolate which abah tak makan! Balik la semula pegi King's... beli blueberry cake. Terkilan la jugak sbb harga lebih kurang je! Hurm.. singgah KFC pastu baru balik.

Semalam jugak is my last day working at Jusco. Sedih la jugak tinggalkan member2 kerja di saat mereka bertungkus lumus menjelang raya *ini kejam, bkn kesian* Hehe.. biarlah aku berehat dulu. Hari tu lepas je balik dari Shah Alam tak sempat nak goyang2 kaki kat rumah, terus masuk kerja.

So sekarang sementara tunggu posting ni boleh la aku menenangkan fikiran yang tak berapa nak betul sejak dua tiga menjak ni. Penat meroyan... finally... love does not happened because we fight for it... love happens. Maksud? Sungguh mana pun kita usaha sb nak dapatkan cinta tu, takkan berhasil jugak sebab cinta tu cinta... dua hati dengan satu perasaan yang sama. Aku dah sedaya upaya pertahankan hubungan tu tapi... hanya Allah tahu apa yang terbaik! Aku harap betul keputusan yang aku amik. Kalau ada jodoh satu masa nanti adalah.

Now aku kena lebih kuat menjalani hidup. Terima kasih kat GossipGirls sebab selalu ada di saat-saat aku tak tentu hala. *hehe tutup muka ngan bantal*



Saturday, July 3, 2010

“My Mind is the Scene of the Crime”

Fuuuh... fuuuuh... assalamualaikum ya ahli blogger ;) tiup-tiup sana sini sebab dah berkurun rasanya tak hupdate blog. Debu-debu karat pun macam dah kuat melekat sampai nak taip pun rasa keras je jari tangan I yang mulus dan kudus ini. Muahaha. Over.

Sekejap lagi nak bersiap-siap pergi kerja tapi tadi usha2 nuff ade pulak contest jemputan tengok movie ea? macam dah lama je iklan tu =.= takpelah. Dah dia kata takde tarikh tutup kan. Cuma tajuk dia besh so aku pun terpanggil *eceh* untuk memeriahkan entri penyertaan kat ruangan komen tu.

Begini alkisahnya.

'poster'

Orang Melayu kata, suara hati kita-kita je yang tau. Tapi omputeh pulak kata, "My Mind is the Scene of Crime". Apa kebendanya tuh?! Omputeh suke wat crime kah? Otak mereka sangat berkuasa macam lelaki botak naik kerusi roda dalam cerita X-man tu kah? *Kesian prof. Xavier dah mati pulak dalam cerita Wolverine tu* Apakah ini semua? Ceritakan agar kami paham!!!

Inception ni movie terbaru Leonardo diCaprio. Mengisahkan diri beliau yang berupaya membaca minda homo sapien dan menjualnya ke mana-mana agensi yang berminat. Dan cerita semakin kompleks bila bla..bla..bla... anda tau apa yang mungkin terjadi.

Dan kalaulah Leonardo nak curik pelan jenayah yang terbaekkk aku pernah buat dan jual kan ia kepada Afida Mustafa atau Rahika Halim, maka tak payah lah. Aku bagi free sampai mereka muntah darah. Seperti pelan ini...

Aku merancang untuk memindahkan sedikit lemak Rahika Wahidah kepada Afida Mustafa. Ini "win-win situation" yang akhirnya mereka akan memberikan aku setiap sen yang mereka ada di dalam bank mereka.

1st step: Aku akan ajak mereka keluar dengan alasan "Korang, meh aku kenalkan bofren aku!" Gerenti mereka sanggup bergolok gadai untuk sampai ke Bandar Klang. Percayalah.

2nd step: Sampai-sampai je aku dah belikan mereka air fresh orange sebab Afida tak suka air gas. Rahika suka air mahal je. Tapi diam-diam aku bubuh ubat tidur biar diorang mengantuk.

3rd step: Mereka akan sangka ia perkara biasa bila mengantuk tunggu bofren yang dijanjikan tak sampai-sampai. So aku kata "Kita pergi MidValley!". Dalam kereta mereka pun tidur secara total.

4rd step: Aku bawak diorang ke makmal canggih aku yang terletak di belakang rumah. Huahahaha!

5th step: Bila mereka bangun je.... anda mungkin tahu apa yang terjadi.

Mungkin sebab tak percaya apa yang terjadi, mereka menawarkan wang ringgit kerana ketakjuban yang telah berlaku. Berat Afida Mustafa 55kg! Berat Rahika Wahidah 53kg! Hahahaha!

So, inilah dia crime yang sedang berlegar-legar di dalam kepala aku. Sekian terima kasih.



Thursday, June 10, 2010

Marah Kot?

*sila klik untuk kuasa pembesaran*

Walaupun aku jarang sekali marah-marah, tapi kenyataan ini betul-betul buat aku sentap. Dah server tu slow mengaku aje la! Nak suspend akaun orang pulak. Kalau bukan sebab server slow macam siput sedut tu, takde nye aku nak bukak benda alah ni!


Tuesday, June 1, 2010

I got this feeling

Aku mencuri masa yang sikit ini untuk update belog... memandangkan aku dah bekerjaya. *hahaha* So, 1st day datag keje memang agak pening la. Sebab beribu kasut tersusun kat stor :/ dan kena cari satu antara beribu. *Whack!* So kena la ingat mana agaknya kasut tu berada. Hurm... lepas ni skill organizing aku bertambah hebat la kan? Jangan jd obsessive compulsion disorder sudehh T___T

Yang tak bestnya.. aku kat workplace okeh je tau. Tapi bila nak pegi kerja rasanya... malas. Rasa aura negative je bila kena pegi keje. Hah, sama lah perasaan nye macam nak pegi praktikum dulu. Camtulah. So I guess I worried to much, kot? Takpelah, Just pray that everything will be okay ;)

*But still, I hate this feeling. Dush!*