Saturday, December 19, 2009

Save Me

Dah hujung-hujung semester ni rasa lain macam je nak masuk lecture. Nervous system terancam! Rasa macam tengah mimpi, mamai-mamai, dan rasa macam tengah berlari-larian di tepi pantai tiba-tiba terhantuk pintu lecture hall. Melankolik yang sangat hiperbola. Patut simbah dengan air sejuk biar semua impuls dalam saraf mula triggered O_o

Macam tengah susah hati. Tapi life goes on. Kalau nak berjaya, jangan biar sekelumit pun rasa kesian dekat diri sendiri mengganggu kelangsungan hidup. Ah. Diri sendiri pun susah nak paham. Jangan banyak cakap! T__T


******************************************

Agak-agak aku hidup sampai umur berapa? Well, aku benci curiousity. Sebab mostly in the end takde hasil pun :/ Err.. maksudnya? Kata live life to the fullest??

Okay, soundtrack dah kedengaran...




Wednesday, December 16, 2009

More to Life

Aku layan lagu ni sejak zaman sekolah menengah lagi. Bila rasa duit tak cukup, result tak bagus, ape2 je laa yang wat aku emo dan down; aku akan teringat lagu ni. So automatik semangat aku naik balik. Kita boleh jadi apa je yang kita fikirkan. Sebab Allah dah bagi peluang so kenapa aku mesti nak wastedkan semua ni? Kita berhak pilih jalan yang kita nak. Maka pilihlah jalan yang kita rasa terbaik bagi diri sendiri.

Wah, entri ini berunsur motivasi :D



Tuesday, December 15, 2009

Color Me Corby

>>This entry is regarding to the Samsung Corby Carnival with Nuffnang


When I was 13, it was compulsory for everyone in the school to wear a formal attire or known as baju rasmi. We called it The Orange Kurung. Everytime there were any formal occasion such birthday party *party?*, appreciation ceremony, VIP's trip, theater at Istana Budaya, or even invitation to watch an opera performance in KLCC we must, err… no; we have to wear that well known Orange Kurung. During that time, unnoticeable; most of us hate any attire in orange color. As we walk out from the school gate, people around KL will recognized us as the-girls-with-orange-kurung T____T.

There are also taboos. If we are wearing that Orange Kurung, we have need to behave properly. Don't talk too much. Don't laugh to loud. Don't do this; don't do that. It was like The Orange Kurung is a holy costume because it will reflect the image of our school.

Until I was 17.

The school administration decided to change The Orange Kurung to something new. Something they thought more fresh, sweet, and lovely outfit. So that year all form one until form four students was wearing purple. Except for us, the senior girls. Somehow, that year orange kurung become so tarnish but full of memories. The Orange Kurung taught us how to walk like a princess, eat like a princess, smile like a princess, even talk like a real princess.

Today, nobody hates orange color anymore. We proud everytime we see an old picture shown the girls with The Orange Kurung.

Perhaps Corby able to color my days into orange, once more?


-Girls with orange kurung-

:: I'm second from left :) ::

-still wearing orange kurung, even it's not the same-

:: I'm the bottom one :P ::


Sunday, December 13, 2009

Entri Terpelik

Ini ialah sesuatu yang jarang-jarang dipraktikkan. Kalau anda rasa kurang manis, maka saya tetap gembira dan merasai kemanisannya. Bukan ke pahit dan manis itu rasa ubat juga??



Friday, December 11, 2009

::PERHATIAN::

Jeng..jeng..jeng..

~,~

Blog aku sudah berubah rupa! *ok, dah selalu so kami tak heran*.. so hopefully aku akan lebih bersemangat untuk terus ber blogging!! since semester baru dah nak mula.. and it will be my final sem.. looking forward to have so much fun too!!!

missing everybody!
XOXO~


Wednesday, December 2, 2009

Undilah Sekarang! Taknak xpe.


(it took me 10 minutes to think about what i'm gonna say in this entry).

Heuwww! Banyak sangat cerita tapi tak tau nak cerita macamana. Lepastu MALAS. Takde ubat deh kalau dah malas tu. Masuk kotak bungkus! Hah. So, straight to the point; wahai cik Ly apakah tajuk entri anda pada hari ini? Jap ye rakan-rakan. Mungkinkah aku perlu bercerita tentang kucing aku yang mati di pagi Aidiladha? Atau kerja-kerja penggalian kubur kucing? Atau betapa aku tak boleh lelap memikirkan kecantikan beg-beg replika Coach? Atau kisah rumah aku dimasuki perompak untuk kesekian kali??

undilah sekarang dan hantarkan ke 31244 tekan-tekan tak dapat.

Sekian.


Monday, November 23, 2009

Did I feel stupid when I speak Malay?

XXX

wow!

Tu je yang boleh aku katakan bila baca blog tu. HAHAHA. Maaf la ye kat owner blog tu coz tak pasal-pasal ada orang review pasal blog dia pulak. Dah la tak mintak permission. Sesuka hati jer. Kalau dia nak saman dah terpaksa delete blog sendiri pulak. Uhuhu.. takpe nanti aku mintak izin :P

Blog tu boleh dikatakan biasa je sebab ini personal blog, mostly cerita tentang his daily life routine. Cuma yang bagusnya blog dia sebab English dia memang A++ superb & fantastic. Sampaikan aku baca pun kena rujuk kamus sebab vocab yang dia guna memang outstanding. Ada class gitu!

Dia ada sindir-sindir gak Melayu rural yang konon nak cakap English tapi sebenarnya tak la pandai sangat then boleh pulak berlagak hebat. Aiyooo~ teringat pulak interview KPM dulu. Aku belasah je cakap ape ntah janji interviewer tu paham maksud aku. Entah la. Sejak jarang baca novel English ni vocab aku sangat limited. Aku rasa journal-journal nak wat AE tu bahasa dia boleh dikatakan simple English kalau nak banding dengan novel English. Sebab tu aku rasa takde beza sangat dari pengetahuan tentang vocab sebelum ni. Kena take note ni! Teringat aku pernah call office abah dulu masa aku form one. Bila receptionist tu tanya,

"Yes, who's speaking?" aku dah menggelabah. Kena cakap inggeris jugak ke? Aku pun jawab la dengan ayat yang aku dah belajar sejak sekolah rendah lagi.

"Hello may I speak to my father?" KAHKAHKAH gila berdebar cakap inggeris kat telefon. Pertama kali ni, of coz aku nervous! Lepas tu orang tu tanya lagi tapi aku tak paham la pulak ape dia tanya T_________T. Dah terkial-kial aku nak menjawab.

"Err... umm.." Agak-agak macam aku susah nak menjawab tiba-tiba receptionist tu tanya,

"Ye... adik nak cakap dengan siapa? Nama ayah siapa?"

Huh! Lega aku receptionist ni tau cakap Melayu. HUAHUAHUA. Abah aku kata diorang kat opis semua gelak bila receptionist tu bagitau ape jadi kat dalam talian tu. Pffttttt!!!!

Sejak hari tu la aku berusaha nak belajar Bahasa Inggeris baik-baik. Aku taknak orang gelakkan aku lagi sebab aku tak tau speaking atau salah pronounce. Lagi-lagi la dah masuk universiti macam ni, *Ok, dah nak keluar dah sebenarnya* haruslah fluence in English.

Takpe la tak master pun tapi sekurang-kurangnya kita boleh bagi good impression pada mereka yang speaking dengan kita. So simple English tu kira accepted la kan daripada tak boleh speaking langsung. No?