Tuesday, August 11, 2009

Bila Dewasa

Dulu bila semester 3 aku tak dapat lagi hostel, aku merasakan sangat kasihan dengan diri sendiri. Dengan berbekalkan duit pinjaman rm 1500 satu semester, cukup ke nak menyewa, makan minum, tambang bas, belanja keperluan? Tak tau nak sewa kat mana dan dengan siapa? Aku rasa bumi ni berhenti berputar sekejap. Uhuhu sukarnya menjadi dewasa. Mungkin masanya dah tiba. Waktu untuk berdikari. Berdiri atas kaki sendiri. Menggunakan otak yang dicipta sempurna oleh Illahi ini.

Waktu ni la aku bungkus semua rasa kecelaruan. Mula membuat keputusan. Kata putus yang memisahkan aku dengan diri aku yang asal. No heartfeeling in making any decisions. Bertindak berdasarkan logik. Sama macam Spock dalam cerita Star Trek. Cuma bezanya aku takde telinga tajam.

Dan hari ni, aku tak sangka yang semester 7 dah mula sampai ke penghujungnya. Cukup dewasa ke aku ni? Bersedia ke aku melangkah ke alam pekerjaan? Masih menangis ke aku kalau ditinggalkan sendiri? Masih perlukan kawan ke kalau nak pergi ke pasar atau kedai?

Tapi hakikatnya sekarang hidup aku bertambah baik. Hidup dengan biasiswa kerajaan, memiliki kereta sendiri, menyewa dengan orang yang boleh dipanggil kawan, makan di kedai yang cantik dan boleh memiliki apa yang aku ingin miliki. Syukur Tuhan!

Kadang-kadang kita lupa dengan apa yang kita miliki. Hinggalah saat semua nikmat itu ditarik balik...

4 comments:

Dilla Raffe said...

stuju 111% ngn ayat perenggan last skali tuh..
sgtlah betul:))

Lea Lyanna said...

manusia memang mcam ni kan cik peguam? cik peguam lama tak roger2 kite ye? eh ogos dah nk habis la cik peguam.. :P

Dilla Raffe said...

ala..saje je wat reminder kan..
tg countdown nak merdeka la tuh..
hehehe..*wink*wink*

Lea Lyanna said...

hahaha. puasa pulak ye 31ogos tu?