Monday, August 24, 2009

Demo Masakan

Hari ni dah masuk hari ke 4 puasa. So dah tengahari camni mula la pikir nak makan apa waktu buka nnt? Macam nak makan benda yang sejuk sebab cuaca hari ni gila panas. Terbayang pulak eskem yang sedap. Macam sedap je makan time bukak puasa nanti eh? *ko memang semua makanan nmpk sedap!*




Tetiba aku teringat kisah aku tadika dulu yang takde kaitan ngan eskem. *erk?!* Ye, waktu tu aku tadika. *penegasan pada status tadika* so aku ikut mak pegi tengok demo orang wat kek kat rumah orang. Memang ramai la para wanita2 dan suri rumah datang semata-mata nak belajar buat kek ni. Di buatnye chef yang wat kek tu chef terkenal *tp aku tak ingat sape*so no wonder la begitu ramai ibu2 dan mak2 budak datang demi melihat demo buat kek atau sebab nak tengok muka chef tu yang mana satu aku pun tak pasti.

Aku punyalah hairan bin ajaib apela sangat sanggup berpusu-pusu kat dapur rumah orang sebab nak tengok orang buat kek. Dah penat aku dan beberapa rakan2 sebaya round rumah orang tu dikala para mak2 budak kusyuk di dapur, aku pun ke dapur la tengok ape yang ade. Alangkah kagumnye aku tengok chef tu menghias kek guna aising dan chocolate rice. Lagi terpesona bila nampak dia bubuh ceri kat atas aising kek tu. Memang mengancam la. So aku pun mula la mencarik mak aku dengan harapan mak amikkan kek.

Maka melihat aku yang macam geram2 tengok kek, mak pun berusaha la dapatkan satu slice kek tu. Aku pun sangat la gembira sebab kek yang diidamkan tu kini berada di atas tapak tangan. Ceri yang merah dan bulat. Kek coklat yang hitam dan lembap. Cream yang putih dan nampak manis. Oh, aku senyum dari telinga ke telinga!

Tiba-tiba..

" Pek!"

Ya Rabbi mak budak mana la yang kejam dengan aku ni? Kek yang berada di telapak tangan jatuh berguguran setelah ditolak oleh mak budak tu! Terkesima aku di celah2 mak2 budak yang lain yang berusaha nak bagi anak2 diorang kek jugak. Sungguh, ini sesuatu yang tragis! Kek di telapak tangan kini berkecai di lantai dan dipijak-pijak mak budak yang lain.. Sungguh aku pilu..

"Sedap tak kek?"
Tanya mak bila tengok aku datang dengan tangan kosong menyangka aku telah membaham semuanya tanpa bagi mak rasa sedikit pun.
"Kek nye jatuh, mak! Ada orang tolak."
Ajaib aku tak menangis waktu tu.
"Laa.. tak dapat rasa la. Penat mak berebut ambik."
Baik! Sekarang aku mula menyumpah mak budak yang menolak itu dengan kata2 nista seorang budak tadika. Dan aku pun mula menangis. HAHAHA.

Moral of the story. Aku takkan datang demo masakan lagi! fullstop!


1 comment:

Dilla said...

letak gambar aiskrim..fuhh..tgugat iman..hahaha;P