Friday, September 24, 2010

Sang Pemikir Kerdil



Siang bermula seusai Subuh sehingga tibanya saat azan Maghrib berkumandang, dan matahari pun terbenam. Dan kita selalu menyangka malam sangat pendek waktunya sedangkan dua per tiga malam kita sudah mulakan dengan perjalanan ke alam mimpi. Hakikatnya siang dan malam punya 12jam melainkan Malaysia bertukar kedudukan dalam peta dunia.

Aku memandang siang sebagai pentas untuk aku melakonkan watak aku. Dilahirkan dalam golongan pemikir maka siang adalah waktu untuk sang pemikir kerdil seperti aku meneruskan perjuangan mencipta dunia sendiri. Sungguh dunia aku belum lengkap sehinggalah saat aku menghembuskan nafas terakhir yang entah terlantar di katil hospital, katil rumah mahupun tersepit di bawah kenderaan sendiri. Tragis, kan?

Lucunya saat aku terus melakonkan watak sang pemikir kerdil, amat jarang aku membicarakan tentang hati dan perasaan. Mungkin kerana terlalu menjaga hati dan perasaan orang lain, aku mengabaikan apa kata hati sendiri. Sanggup melukakan hati sendiri kerana sedar sebagai sang pemikir kerdil, hidup ini perlu sentiasa bergantung pada kekuatan orang lain. Dan diri cuma ada dua tangan yang boleh dihulur, bukannya kaki. Sangat takut untuk dibenci tapi diri membenci orang lain. Hipokrit, kan?

Sedar atau tidak, terlalu banyak berfikir menyebabkan delusi yang dicipta sendiri dengan alasan menggembirakan hati yang kemurungan. Inilah yang aku miliki. Delusi dan kemurungan. Sang pemikir kerdil yang hidup dalam delusi dan kemurungan. Bunyinya menakutkan seakan penyakit psikotik dan memerlukan rawatan segera dari pakar sakit jiwa. Dan hakikatnya akulah pakar sakit jiwa yang percaya boleh merawat segala jenis penyakit hati yang orang lain miliki. Ayat-ayat aku indah. Ibarat air yang mengalir ketika hati ketandusan perhatian. Membuatkan orang lain tersenyum dan mengelap pipi yang kebasahan dek air mata.

Buat seketika, biarlah aku dengan watak sang pemikir kerdil ini. Sehingga tiba waktu Pengarah memberikan aku skrip yang baru. Tapi mungkinkah?


Tuesday, September 21, 2010

Perfecto :)


Tadi I ke kedai membeli cinta. *Heh gila kau! Agak-agak la pun...!* Eh, tak. Tak. I ke kedai membeli bahan masakan... Duduk rumah goyang-goyang kaki risau pulak berat badan naik. Tak pasal2 nanti baju konvo I tak muat! So untuk mengelakkan I gemuk, I pun decided untuk memasak supaya ahli rumah ni yang gemuk, bukan I :D Pandai tak?


I ni bukanlah pandai sangat memasak. Tapi kalau orang tanya resepi tu I tak kesah nak kongsi. Sebab I goreng mee hoon pun ade akak tanya I bubuh apa rasa dia sedap camni? Hoho. I bubuh kasih sayang je kak :) ok sesi masuk bakul tamat.


So dah sampai kedai I tak jumpa pulak bahan2 masakan yang dicari. Hampa. I bukannya cari keju cheddar ke parmesan atau daun parsley ke stok rebusan bagai. I cari PREGO. Tau ape tu Prego? Ala yang kat iklan dalam TV tu. Tu pun takde? Dua kedai I carik pun takde jugak. So I duduk fikir kejap dalam kedai. Kalau masak sos pasta apa ye bahan-bahannya?


Gahhhhh. I beli je apa yang I rasa ada dalam sos pasta! So kaum wanita, jangan manjakan diri anda dengan bahan masakan segera, ok? Tak semua boleh dibeli dari kedai :D


Bermula la sesi memasak sos pasta yang I sendiri pun tak tau resepinya. Kena bubuh serai ke daun limau purut ke halia ke tak? Omputih masak guna benda semua ni ke? Mungkin sama macam masak kuah satay kot? Wakaka! I pun tak tau! Dah sampai dapur dah, takkan baru nak cari resepi kat internet kot? Hantam la labu!


Akhirnya siap jugak pasta and the sauce. Rasanya? Ok kot... sebab adik I tambah 3 kali sampai lambat pergi sekolah petang :D




Sunday, September 12, 2010

Ombak Jahat


Ombak

Hempaslah aku ke pantai

Biar pecah menjadi buih

Namun

Aku akan tetap kembali ke laut bergelora

********************************************

lama x bersajak! tiba2 amik feel..

ehem.. takde berkenaan ngan sesiapa atau perumpamaan bagai :D