Saturday, December 26, 2009

Faizal Tahir vs Fabulous Toy


Pada suatu hari aku dan rakan-rakan mengumumkan kepada kelas bahawa kami peminat Faizal Tahir. *statement macam kami pun artis* Tiba-tiba beberapa orang pengkritik pro menyampuk. Yess, kelas aku tu dipenuhi artis, pendrama *bukan mengetuk dram*, angelic layers, devils wear prada, paparazzi dan pengkritik pro. Ben 10 je takde; menunjukkan budak2 kelas aku takde yang mengalami mutasi gen yang berikrar untuk menyelamatkan dunia dalam 10 bentuk terpelik. *HEHEHE*

Pengkritik pro Mr.A pun komen, "Ape laa yang korang tengok kat FT *stand for Faizal Tahir, not Fabulous Toy* tuu? Dah la bukak-bukak baju! Kalau hensome takpe la jugak, ni dah kawin beranak pinak. Over tau tak? Over!" Gila keras penyataan Mr. A, seorang pengkritik pro kelas ED227U8A.

"Helloooooooow," dengan tangan sebelah dipinggang dan sebelah lagi jari tangan yang tengah telunjuk digerak-gerakkan ke kiri dan kanan tanda NO. Berapi sudah. " Kau ingat kami ni gedik terhegeh-hegeh dekat FT sebab dia handsome ke? Wrong, okay guys..." Eh, stop! tak. tak. Aku mana pernah buat aksi macam tu dalam kelas. Aku kategori angelic layers, of cos tak pernah buat onar macam tu. Itu kategori pendrama je yang sah-sah bukan fans FT kami yang terchenta... begini jawapan aku;

"Kitorang minat dia sebab vokal dia power la. Pandai gubah lagu, dressing pun smart. Baru la rock sejati! Ada attitude! Kan dia tak pakai baju2 Superman tu lagi sejak ada orang bagitau yang Superman tu ciptaan Yahudi..." Kan dah kata, aku angelic layers... normal la jawapan macam ni kan??

"Yang lepas tu dah la. Semua orang pernah buat silap. Fans tak ungkit2 pun. Orang lain je lebih2!" Gaya cakap yang ni dah macam PA FT *stand for personal assistant Faizal Tahir, not pengkipas a** fabulous toy* Eh, korang paham kan fabulous toy tu ape ke jadahnye, kan?? Anyway, tahniah wat Faizal Tahir & Audi Mok sebab lagu Bencinta masuk final AJL!!! Yehuuuu~ Ehem. Er.. baiklah.

..

...

...........

...............

.....................

Kita tanya ape kata orang lain pulak?
Mungkin orang lain dalam kategori Upin Ipin?
Yang asyik kata "Betul! betul! betul!"

*Eh, ini macam pool je :D*


No comments: