Fuuuh... fuuuuh... assalamualaikum ya ahli blogger ;) tiup-tiup sana sini sebab dah berkurun rasanya tak hupdate blog. Debu-debu karat pun macam dah kuat melekat sampai nak taip pun rasa keras je jari tangan I yang mulus dan kudus ini. Muahaha. Over.
Sekejap lagi nak bersiap-siap pergi kerja tapi tadi usha2 nuff ade pulak contest jemputan tengok movie ea? macam dah lama je iklan tu =.= takpelah. Dah dia kata takde tarikh tutup kan. Cuma tajuk dia besh so aku pun terpanggil *eceh* untuk memeriahkan entri penyertaan kat ruangan komen tu.
Begini alkisahnya.
Orang Melayu kata, suara hati kita-kita je yang tau. Tapi omputeh pulak kata, "My Mind is the Scene of Crime". Apa kebendanya tuh?! Omputeh suke wat crime kah? Otak mereka sangat berkuasa macam lelaki botak naik kerusi roda dalam cerita X-man tu kah? *Kesian prof. Xavier dah mati pulak dalam cerita Wolverine tu* Apakah ini semua? Ceritakan agar kami paham!!!
Inception ni movie terbaru Leonardo diCaprio. Mengisahkan diri beliau yang berupaya membaca minda homo sapien dan menjualnya ke mana-mana agensi yang berminat. Dan cerita semakin kompleks bila bla..bla..bla... anda tau apa yang mungkin terjadi.
Dan kalaulah Leonardo nak curik pelan jenayah yang terbaekkk aku pernah buat dan jual kan ia kepada Afida Mustafa atau Rahika Halim, maka tak payah lah. Aku bagi free sampai mereka muntah darah. Seperti pelan ini...
Aku merancang untuk memindahkan sedikit lemak Rahika Wahidah kepada Afida Mustafa. Ini "win-win situation" yang akhirnya mereka akan memberikan aku setiap sen yang mereka ada di dalam bank mereka.
1st step: Aku akan ajak mereka keluar dengan alasan "Korang, meh aku kenalkan bofren aku!" Gerenti mereka sanggup bergolok gadai untuk sampai ke Bandar Klang. Percayalah.
2nd step: Sampai-sampai je aku dah belikan mereka air fresh orange sebab Afida tak suka air gas. Rahika suka air mahal je. Tapi diam-diam aku bubuh ubat tidur biar diorang mengantuk.
3rd step: Mereka akan sangka ia perkara biasa bila mengantuk tunggu bofren yang dijanjikan tak sampai-sampai. So aku kata "Kita pergi MidValley!". Dalam kereta mereka pun tidur secara total.
4rd step: Aku bawak diorang ke makmal canggih aku yang terletak di belakang rumah. Huahahaha!
5th step: Bila mereka bangun je.... anda mungkin tahu apa yang terjadi.
Mungkin sebab tak percaya apa yang terjadi, mereka menawarkan wang ringgit kerana ketakjuban yang telah berlaku. Berat Afida Mustafa 55kg! Berat Rahika Wahidah 53kg! Hahahaha!
So, inilah dia crime yang sedang berlegar-legar di dalam kepala aku. Sekian terima kasih.