Wednesday, September 30, 2009

Bukak Kedai

Guess what??

Yezz Ly sudah bukak kedai!! HAHAHA. Mesti korang terteka-teka kedai ape la yang Ly bukak ni? Yeah! Aku telah berjaya mewujudkan kedai secara online :)) So kalau korang cam malas nk pergi kedai why not korang singgah kedai aku ni kot2 ada barang yg korang berkenan...

So far sambutan amat menggalakkan dari segi kedatangan pengunjung. Cuma aku kena cari lagi bahan yang boleh buat profit (oh sungguh x caye i'm talk about money baby!)

So pegi la terjah kedai aku ni >> http://blink-a-holic.blogspot.com/

Dabedabedu!

Tuesday, September 29, 2009

The Smile <3

*This post is especially for DD :)*
Congrates DD for the engagement!

"A happy face cannot smile forever.
But the memories does."





Thursday, September 24, 2009

Cikgu nak cakap...

Aku tak tau la kenapa kawan2 aku suka pindah2 rumah. Tahun sudah tinggal kat jalan ni, tahun lepas jalan tu, and of cos tahun ni pindah lagi!

So kalau aku nak beraya, aku by hook or by crook paksa member aku beraya ngan aku jugak. Kalau tak, entah rumah sape2 yang aku masuk.

Alkisah semalam aku pergi beraya rumah member aku masa kecik-kecik dulu. Memang masa kecik-kecik kitorang geng lah. kat kelas kitorang duduk dlm group 7 orang. Tiap kali cikgu bagi keje suruh siapkan, masing2 lumba sape paling cepat.

Paling tak ley blah aku ingat lagi dulu aku ckp kat member aku ni aku anggap dia cam adik aku so kalau ada apa2 masalah nak cerita cakap je lah. sebab dia dari broken family. Gila caring aku umur 12 tahun padahal kitorang sebaya jek. Sampai masalah cinta dia ngan sorang lg member aku pun aku tolong kipas2 kan bagi sejuk. Umur 12 tahun tu korang! 12 tahun!

Pastu lepas masuk sekolah menengah kitorang terus tak contact. Last aku jumpa pun lepas SPM kebetulan jumpa dia antar nenek dia pegi pasar. Saje aku parking moto sebelah dia pastu wat2 tak kenal. Pastu balik dari pasar dia still ada kat situ.

"Assalamualaikum. Macam kenal?"

HAHAHA.

Mesti member aku ni menghabiskan masa 30 minit pertama kat motor tu pikir macamana nak tegur aku kan?

So semalam dah penat beraya dalam kereta sbb pegi rumah sume orang takde, kitorang pun decided singgah beraya rumah dia. Nasib baik orang nye ade kat rumah.. Nenek dia join sekaki dengar anak2 dara ni berborak ngan cucu dia. Mana tau kot2 cucu dia kena culik kang dah takde sape nak antar pegi pasar ye tak?

Mujur gak la member aku ni satu U ngan dia kat UTP. So diorang la yang banyak memeriahkan suasana sbb kalau nak harap aku yang berborak, dengar bunyik cengkerik je la.. Sepuluh patah dia tanya, suku patah perkataan je aku jawab. Yang menarik hati nye ye tuan2 dan puan2, member aku ni kalau dulu dia dilabel sebagai sopan, sekarang aku up jadi sopan santun, berbudi pekerti, kuat agama, takde facebook *betapa solehnya* even lalu depan aku pun tunduk macam lalu depan mak mertua! Ohh.. wujud lagi anak teruna macam ni zaman sekrang ye??? Untung sape jadi bapak mentua dia. KAHKAHKAH I swear tak funny!

Untuk membuktikan betapa kuatnya kimia antara kami, even set sofa dia ngan phone pun sama ngan aku. *Ingat tak set sofa yang aku beli sebulan sebelum puasa tu?* Haa.. boleh pulak sama design, sama kaler. Tak tau la kan kalau2 nenek dia yang pilih kaler.. Sebab rumah tu tinggal dia ngan ngan nenek dia je. Kakak kesayangan dia dah kawin tinggal kat KL.

Begitu lah ceritanya. So, ape motif cerita ni cikgu? Cikgu nak cakap yang cikgu suka member cikgu ke sekarang?

Oh, NO NO NO!

Cikgu nak cakap, walau kat mana pun korang berada sekarang, contact2 la member2 kecik2 waktu sekolah dulu. Sebelum mereka hilang, atau korang dah tak kenal mereka (macam aku), atau korang baru mendapati yang kawan hingusan korang kini semakin hensem atau ayu...


Thursday, September 17, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Baju Kurung Lagi!

HAHAHA.

*Apesal tiba2 kau gelak besar ni? Bagi salam kan baik..*
Ok, assalamualaikum :P

Hari ni macam biasa aku meneruskan hobi shopping secara online. Not really shopping actually tp just survey2 kot2 ade yg berkenan nanti senang la kan nak beli if needed. *bare in mind the difference between needed and wanted cik Ly!*

Baiklah.

Kalau dlm entri before ni aku cakap pasal baju kurung pink yang aku kempunan tp dah melepas, hari ni aku nak menyatakan betapa banyak lagi baju2 yang cantikss dan sweet2 belaka swear takde yg tak sweet melambak di market.

Seperti ini;




antara tiga kaler ni, mana yang cantik?

Ok, aku tau korang akan kate semua cantik, kan? kan? dah agak dah. Tapi aku rase yang paling cantik ialah yang ni;


sangat sweeeeeet!!


Inilah dia manusia yang tak dapat terima kenyataan ;(


Tuesday, September 15, 2009

Sepasang Kurung Pink

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!



Lihat la baju kurung yang cantik ini.... Huuhuu.. Walaupun harganya mahal, tapi sangat sweet dan cantikss. Pagi2 lagi aku bukak internet sbb nk tgk jwpn akak tu tp malangnye akak tu kate stok da habis :( padahal aku dah nekad nak beli jugak ni kalau jawapannye positif.

::MELEPAS::

takpe la dah bukan rezeki akak tu kan? hehehe.. Aku berkenan sangat ngan baju ni sbb disamping boleh wat tambahan koleksi baju aku, boleh la guna untuk kenduri kak asya nanti. Since dah takde, nampak gaya pakai je la baju yang ade kat almari tu.

Err.. tak kisah kan dari dalam almari sape??



Sunday, September 13, 2009

Battle of the shoes

HABIS.

Apa yang dah habis? Owh.. semester 7 dah habis. Kahkahkah. Ini serius tau!

Baiklah.
SEMESTER 7 SUDAH HABIS.

Yezza! ada tinggal satu sem lagi ni. Dan akhir2 ni la ramai pulak yang nak mendirikan rumah tangga. Rahika kata budak2 kelas Bio ni memang hot2 belaka. sebab tu mostly married, sebelum habis belajar kan rahik? Tapi manusia macam aku ni ada exception la. Hot tapi single. Sebab aku tunggu anak raja masuk meminang. Rugi la pulak kalau dah cun2 tp dapat kawen dengan orang kebanyakan jer. Lagi pun orang2 kebanyakan tak berani buat ayat-ayat cinta kat aku. Tak laku ayat-ayat cinta mereka. Aku tak boleh hidup dengan ayat-ayat cinta tu. Meluat betul bila ada orang bertanya soalan2 basi berbaur ayat-ayat cinta.

Ala panjang betul nak eja ayat-ayat cinta ni.

AAC paham kan? Okeh. Aku ulang ye? Aku tak boleh hidup dengan AAC tu. Ade ke orang beli beras guna AAC je? Nak bayar rumah, kereta, makan-minum, minyak, baju. Setakat AAC budak tadika pun dah tau guna. kan?kan? Nak guna AAC zaman sweet 16 dulu boleh la kot. Tapi sekarang umur aku dah 22 tahun. Mau berapi kalau tackle aku guna AAC! Be realistic la kan??

*Wah! Gila kerek ko! HAHAHA. Emosi la tu sbb ramai nk kawen cuti 3 bulan ni?! *

NO lah. I tak kerek okay. I cuma serius, u knoe. I cuma terlalu realistik. One day, when I met my mrlovemebytheway, aku akan cakap;

This love is real because you're real, I'm real and we're not in a movie.

Ecececeh. Senyum sekarang!

Okay sebelum aku meleret cerita jadi merepek, baik aku stop. Nak bercinta skrg sila kembali ke alam realiti. Takde kisah cinta dlm blog ni.

Bertukar!!

Dengan sukacita, aku telah selamat berekspedisi mencarik kasut raya. Heheheh. Dengan penyertaan tunggal daripada cik afida, kami telah melangkah ke Sogo dengan jayanya. Tapi malang cik afida tak bersedia untuk menyertai battle of the shoes pada hari tu menyebabkan beliau pening2 dan sesak nafas sbb begitu merry ah suasana Sogo dan jalan2 disekitar ibu kota hari tu.. Aku pulak setelah tawaf 4kali dalam celahan ribuan peserta battle of the shoes, mengamalkan konsep watch and grab sebab dengan bilangan pembantu jualan yang terhad, kasut yang bersepah-sepah tapi takde diskaun *kalau ade pun masih mahal*, dan no space untuk wat catwalk menguji tahap keselesaan kasut, aku rase konsep watch and grab je la pilihan yang ada.

Mujur bertemu Miss Notti.
*ini bukan promo filem Jin Notti*

Gambar update later. Photoshop under maintainance :)

Miss Notti ialah teman kakiku yang baru. Wedges comfortfit dari Nautini berwarna purple. *Tiba2 teringat kat Miss Alainor. Peep toe wedges dari Alain Delon berwarna putih yang baru dipakai 3 kali.* Baiklah2. Fokus kita! Fokus! Miss Notti adalah wedges berkapasiti 3inch dari permukaan rata bumi tetapi dilengkapi dengan platform supaya pemakai tidak mengalami tekanan pada tulang belakang. Jugak paling utama sebab ia adalah jenis comfortfit. Tak rasa sengal2 kaki bila dibuat berjalan sebab permukaan kasut yang lembut dan very comfortable. Memang nice lah untuk gadis yang suka berjalan laju-laju macam aku.

Dan bila sampai rumah, aku sangat berpuas hati dengan ciri2 yang ada pada Miss Notti. Dengan harapan hari raya tahun ini bertambah merry ah dengan kehadiran Miss Notti, diharap prestasi Miss Notti memberangsangkan ssepanjang Aidilfitfi.


Majulah sukan untuk negara.
*merujuk pada aktiviti battle of the shoes tadi*


Saturday, September 5, 2009

Gladiator

Ternampak gladiator Nine West ini di online :))

Nine West Balboa Gladiator Sandal Pictures, Images and Photos

sungguh sexy dan gagah!

Tp aku rse mcm da lama sandal2 ala gladiator ni kat market tapi tiba2 sekarang gladiator sangat 'in' dlm dunia fesyen. Mungkin korang dah ada sandal gladiator kat rak kasut tu tapi baru perasan sekarang yang ianya adalah sandal gladiator yang disebut-sebutkan oleh peminat fesyen? Contohnya mcm sandal gladiator Aerosoles ni;



korang tak rase mcm pernah nmpak ke?

Tapi tahun ni mcm biasa aku nk carik wedges. Selesa dan stabil mcm ni;




Aku bukan apa tp musim2 perayaan biasanya hujan dan jalan menjadi lopak2 dan berlecak. Sebab tu la wedges dicipta untuk merungkai masalah seperti ini :))


Selamat shopping!


New Saga Begins...

Hurm.. semua orang happy bila practicum dah habis. Boleh tak aku cakap, "Ape yang hebat sangat pasal practicum?" HAHAHA! Gila depressed aku ngan practicum eh? Tak tau la. Bercampur-campur. Aku tak dapat nak namakan ape perasaan aku time nih. Suka ke.. sedih ke.. excited ke.. kecewa ke.. Ntah lah. Memang susah la nak describe. Macam susah hati.. risau.. tapi lega pun ada. Oh, aku ingatkan habis practicum semuanya akan 'baik' tapi ada jugak yang tak kena. Geram betul aku. Mungkinkah sebab pengalaman practicum yang kurang seronok? Dapat students yang tak menyeronokkan? Mungkinkah? Atau memang aku yang suka take heart pasal benda2 remeh? Terbawak-bawak sangat? Narrow minded? WAAAAAAA!!! AKU BENCI SEMUA NI!

Baiklah!

Inhale.. exhale..fuh!

Lets look at the bright side.

This is the most valuable experience that I ever had coz:

1. I mingled with married seniors. Selama ni seniors aku semua single belaka.. tapi skrg dah berubah.. even kawan sebaya pun dah kawin kan?? Hahaha!

2. I met Cikgu Kacak in the middle of my nervousness. Maklum la bukan senang aku nak minat kat orang. Species demand betul aku ni macam la comey sangat! Hahaha!

3. Some.. ok not some but most of the students cakap, "cikgu cantik sebab tu kitorang tak ponteng kelas cikgu".. ataupun "cikgu, dia suka cikgu" dan jugak "Hai cikgu! Cikgu masuk kelas kitorang tak hari ni?" even aku tak mengajar pun kelas diorang. Dan kebanyakan nye yang cakap camni adalah mereka2 yang selalu kena gantung sekolah. Okeh gelak lagi.. Hahaha!

4. Dapat supervisor yang understanding dan banyak bagi nasihat.

5. Guru-guru sangat friendly dan ready to help.

Okayyy. Technically I like the school. Tapi sangat problem dengan students. Classroom management hancus. Guna la teknik2 yang ada kat pasaran semua tu tak laku. That's why Penyelia Petang bgtau

"..sekolah ni menguji cara cikgu untuk handle pelajar. Practicum tak sama dengan teori. Kalau sekolah lain mungkin uji cara cikgu mengajar.. content yang cikgu ajar.. tapi this school is totally different. Cikgu kena jadi tegas dan pelajar mesti respect cikgu.."

So sekarang clear la apa yang buat practicum aku pelik semacam.. Aku tak puas hati sebab student tak respect aku. Aku patut paham, ni boy's school, aku ajar form 1 ngan form 2 yang kurang matang dan of coz ni 1st experience aku masuk sekolah. So aku kena la 'membiasakan' diri dengan kerenah student kelak. Heyy, tak semuanya indah2 belaka!

HAHAHA!

Baru lega sekarang bila dapat analisis masalah sendiri. Let's move on bebeh!!