Saturday, May 21, 2011

Our World, Their War


Kadangkala manusia lupa bahawa mereka tidak bersendirian di dunia ini.
Sesungguhnya, kemusnahan dunia berpunca dari sifat tamak manusia itu sendiri.

Nama saya Lea. Zahirnya saya ialah seorang manusia normal. Namun saya memiliki sesuatu yang diidamkan oleh manusia-manusia yang tamak haloba...

KUASA UNTUK MEMILIKI DUNIA

Sewaktu saya dilahirkan, doktor telah meletakkan satu cip di dalam jantung saya. Kata doktor, cip itu umpama bateri yang membantu jantung saya yang lemah. Tetapi apabila umur saya memasuki 20 tahun, saya sering bermimpi tentang sebuah bandar maju dan saya memimpin bandar tersebut.

Kemudian saya telah mengarahkan orang-orang bawahan saya untuk menyerang bandar-bandar yang lain. Mereka memanggil saya sebagai Megatron, pemimpin berkuasa Decepticons.


Optimus Prime, pemimpin Autobots dan rakan-rakannya telah lari ke bumi untuk mendapatkan sesuatu yang saya sendiri tidak tahu apakah ia. Ujar pembantu saya, mereka cuba mendapatkan cip untuk mematikan sumber kuasa seluruh angkatan Decepticons.

Kemudian saya terjaga dari mimpi.
Apakah erti mimpi ini? Saya perlu mencari cip tersebut?

Pada suatu hari saya telah menerima e-mail dari orang yang tidak dikenali meminta saya menghafal satu kod rahsia. Saya fikir itu merupakan satu jenaka lalu mengabaikan kod rahsia tersebut. Keesokan harinya, saya ke sebuah hotel untuk menghadiri seminar dan pameran berkaitan angkasa. Alangkah terkejutnya saya melihat seketul batu dari angkasa yang terhempas ke bumi yang dipamerkan dalam pameran tersebut mempunyai tulisan yang sama dengan email yang telah saya terima.

Apabila saya pulang, saya membuka email tersebut sekali lagi lalu mengikut arahan yang telah diberi...
.
.
.
.
.
.
Klik like pada

HUH???

Arahan seterusnya ialah klik pada

Namun saya masih tidak berpuas hati. Apakah GSC-EON Bank Ultimate Movie Card ini sama seperti kad kredit yang lain? Saya buntu.

Akhirnya saya mendapat jawapan setelah menghubungi rakan saya yang bekerja di EON Bank. Beliau mengirimkan saya link ini;

Inilah kad yang perlu saya miliki. Selain faedah yang ditawarkan, mungkin cip yang terkandung pada kad tersebut ialah cip yang dicari-cari oleh pasukan Autobots.

Saya harus memiliki kad ini dengan kadar segera sebelum Optimus Prime dan rakan-rakannya menyedari di mana cip tersebut berada! Kemudian barulah saya dapat menguasai dunia SEPENUHNYA!



Saturday, October 30, 2010

Random Rumble

Bila ada lagu untuk aku......
SUKA ^___^




Aku tergila-gila gaya bicaranya
Lia Lia Lia
Apakah kau memikirkan semua yang kuimpikan
Lia Lia Lia
Kau percayakan masa depan hidupmu kedua kakimu
Takkan gentar dari semua yang menentangmu
Lia Lia Lia

Aku tergila-gila jalan pikirannya
Lia Lia Lia
Apa kau memikirkan semua yang kutawarkan
Lia Lia Lia

Kau percayakan masa depan hidupmu di kedua kakimu
Kau dan lingkaran jiwamu
Menarik langkah kakiku
Bermain dengan hatimu
Aku terbakar bahagia... aiaiaiaia...

Aku tergila-gila jalan pikirannya
Lia Lia Lia
Apakah kau memikirkan semua yang kutawarkan
Lia Lia Lia

Lia Lia..
Lia Lia..
Lia Lia..
Lia Lia..
Lia Lia..
Lia Lia..
Lia Lia..
Lia Lia..


Tuesday, October 12, 2010

Last Words





Anggaplah,
perpisahan ini sebagai satu jihad
jika ia mampu menyelamatkan iman...

jadi tak ada apa yang perlu disedihkan, diratap atau diingat lagi...

let's move on!




Thursday, October 7, 2010

Not Alone :)



Tak ada apa yang mustahil...
Tiba saatnya semua akan seperti sediakala
atau
mungkin lebih baik?



Jangan pernah putus harapan :)


Friday, September 24, 2010

Sang Pemikir Kerdil



Siang bermula seusai Subuh sehingga tibanya saat azan Maghrib berkumandang, dan matahari pun terbenam. Dan kita selalu menyangka malam sangat pendek waktunya sedangkan dua per tiga malam kita sudah mulakan dengan perjalanan ke alam mimpi. Hakikatnya siang dan malam punya 12jam melainkan Malaysia bertukar kedudukan dalam peta dunia.

Aku memandang siang sebagai pentas untuk aku melakonkan watak aku. Dilahirkan dalam golongan pemikir maka siang adalah waktu untuk sang pemikir kerdil seperti aku meneruskan perjuangan mencipta dunia sendiri. Sungguh dunia aku belum lengkap sehinggalah saat aku menghembuskan nafas terakhir yang entah terlantar di katil hospital, katil rumah mahupun tersepit di bawah kenderaan sendiri. Tragis, kan?

Lucunya saat aku terus melakonkan watak sang pemikir kerdil, amat jarang aku membicarakan tentang hati dan perasaan. Mungkin kerana terlalu menjaga hati dan perasaan orang lain, aku mengabaikan apa kata hati sendiri. Sanggup melukakan hati sendiri kerana sedar sebagai sang pemikir kerdil, hidup ini perlu sentiasa bergantung pada kekuatan orang lain. Dan diri cuma ada dua tangan yang boleh dihulur, bukannya kaki. Sangat takut untuk dibenci tapi diri membenci orang lain. Hipokrit, kan?

Sedar atau tidak, terlalu banyak berfikir menyebabkan delusi yang dicipta sendiri dengan alasan menggembirakan hati yang kemurungan. Inilah yang aku miliki. Delusi dan kemurungan. Sang pemikir kerdil yang hidup dalam delusi dan kemurungan. Bunyinya menakutkan seakan penyakit psikotik dan memerlukan rawatan segera dari pakar sakit jiwa. Dan hakikatnya akulah pakar sakit jiwa yang percaya boleh merawat segala jenis penyakit hati yang orang lain miliki. Ayat-ayat aku indah. Ibarat air yang mengalir ketika hati ketandusan perhatian. Membuatkan orang lain tersenyum dan mengelap pipi yang kebasahan dek air mata.

Buat seketika, biarlah aku dengan watak sang pemikir kerdil ini. Sehingga tiba waktu Pengarah memberikan aku skrip yang baru. Tapi mungkinkah?


Tuesday, September 21, 2010

Perfecto :)


Tadi I ke kedai membeli cinta. *Heh gila kau! Agak-agak la pun...!* Eh, tak. Tak. I ke kedai membeli bahan masakan... Duduk rumah goyang-goyang kaki risau pulak berat badan naik. Tak pasal2 nanti baju konvo I tak muat! So untuk mengelakkan I gemuk, I pun decided untuk memasak supaya ahli rumah ni yang gemuk, bukan I :D Pandai tak?


I ni bukanlah pandai sangat memasak. Tapi kalau orang tanya resepi tu I tak kesah nak kongsi. Sebab I goreng mee hoon pun ade akak tanya I bubuh apa rasa dia sedap camni? Hoho. I bubuh kasih sayang je kak :) ok sesi masuk bakul tamat.


So dah sampai kedai I tak jumpa pulak bahan2 masakan yang dicari. Hampa. I bukannya cari keju cheddar ke parmesan atau daun parsley ke stok rebusan bagai. I cari PREGO. Tau ape tu Prego? Ala yang kat iklan dalam TV tu. Tu pun takde? Dua kedai I carik pun takde jugak. So I duduk fikir kejap dalam kedai. Kalau masak sos pasta apa ye bahan-bahannya?


Gahhhhh. I beli je apa yang I rasa ada dalam sos pasta! So kaum wanita, jangan manjakan diri anda dengan bahan masakan segera, ok? Tak semua boleh dibeli dari kedai :D


Bermula la sesi memasak sos pasta yang I sendiri pun tak tau resepinya. Kena bubuh serai ke daun limau purut ke halia ke tak? Omputih masak guna benda semua ni ke? Mungkin sama macam masak kuah satay kot? Wakaka! I pun tak tau! Dah sampai dapur dah, takkan baru nak cari resepi kat internet kot? Hantam la labu!


Akhirnya siap jugak pasta and the sauce. Rasanya? Ok kot... sebab adik I tambah 3 kali sampai lambat pergi sekolah petang :D




Sunday, September 12, 2010

Ombak Jahat


Ombak

Hempaslah aku ke pantai

Biar pecah menjadi buih

Namun

Aku akan tetap kembali ke laut bergelora

********************************************

lama x bersajak! tiba2 amik feel..

ehem.. takde berkenaan ngan sesiapa atau perumpamaan bagai :D